Headlines News :
Home » » JKP beli tanah bina rumah ikut harga pasaran semasa - Zainal

JKP beli tanah bina rumah ikut harga pasaran semasa - Zainal








JKP Sdn Bhd (JKP), sebuah agensi milik kerajaan pusat menafikan tuduhan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mendakwa agensi itu memperoleh tanah di Pulau Pinang dengan harga murah kerana dibuat secara pengambilan daripada milikan orang ramai untuk tujuan awam.
    
Pengerusi JKP Datuk Zainal Abidin Osman berkata pihaknya melalui beberapa proses untuk membeli tanah daripada orang ramai dan harga yang ditetapkan itu adalah mengikut harga pasaran semasa dan bukan seperti didakwa ketua menteri.
    
"Sebagai sebuah agensi milik kerajaan pusat, JKP perlu membayar harga tanah mengikut pasaran semasa kerana penilaian tanah akan dilakukan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan.
    
"Jadi, kita tidak membeli tanah dengan harga murah tetapi JKP tetap buat projek perumahan kos murah untuk rakyat negeri ini kerana kita mahu bantu mereka miliki rumah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan bagi Parlimen Nibong Tebal semalam.
    
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Lim iaitu tanah yang dimiliki oleh agensi kerajaan pusat di Pulau Pinang kebanyakan diperoleh dengan harga murah kerana dibuat secara pengambilan daripada milikan orang ramai untuk tujuan awam bina rumah kos rendah.
    
Zainal Abidin yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Pulau Pinang berkata sepatutnya Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang memperoleh tanah murah daripada kerajaan negeri membina lebih banyak rumah kos rendah untuk rakyat negeri ini.
    
"PDC boleh dapatkan tanah murah daripada kerajaan negeri kerana mereka (kerajaan negeri) boleh menjualkan tanah milik kerajaan negeri kepada PDC dengan harga murah dan nominal, jadi PDC boleh bina rumah lebih banyak tetapi tidak buat," katanya.
    
Sementara itu, katanya beliau juga bimbang pembinaan 20,000 unit Projek Rumah Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Pulau Pinang seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini akan menghadapi masalah berikutan karenah kerajaan negeri yang cuba melengahkan kebenaran membina rumah mampu milik di negeri ini.
    
"JKP sahaja ada bebeberapa projek perumahan yang masih tertangguh kerana kerajaan negeri tidak meluluskannya, jadi saya bimbang PR1MA akan menghadapi masalah yang sama. Kalau kerajaan negeri tidak mampu untuk buat (rumah mampu milik atau kos rendah), jangan halang orang lain buat," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Zainal Abidin berkata kerajaan pusat membelanjakan RM1.73 juta bagi membaik pulih 248 rumah nelayan yang uzur di negeri itu.
    
Katanya lebih banyak lagi rumah nelayan yang uzur akan dibaik pulih tahun ini bagi memberi keselesaan kepada mereka.
    
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
April 3, 2013 at 11:33 PM

Alahai Non....jangan lah menipu sangat. JKP sah sebuah agensi yang meninidas orang melayu. Contoh yang nyata, tengok sahaja flat Mutiara Idaman 1. Secara pukulrata hampir 99% penduduknya orang melayu. Tapi pengurusan yang dibawah kuasa JKP sendiri tidak diurus dengan sebaik mungkin. Lampu koridor di padamkan dan memaksa penduduk untuk membuat lampu sendiri dan membayar bil sendiri. Perkhidmatan lif usah disoalkan lagi teramat buruk serta kebersihan tak dijaga. Jalan masuk dipenuhi oleh gerai2 haram yang menggangi lalulintas.Apabila membuat aduan kepada pihak JKP, tidak pernah untuk diambil tindakan sewajarnya.

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger