Headlines News :
Home » » Guan Eng terpaksa campur tangan perbalahan PKR & DAP Johor

Guan Eng terpaksa campur tangan perbalahan PKR & DAP Johor




KUALA LUMPUR, 19 FEB: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau dinasihatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan dan kerjasama kedua-dua parti di negeri berkenaan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, beliau sudah berbincang dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bersetuju supaya Chua dan Dr Boo tidak membuat kenyataan terutama mengenai pembahagian kerusi antara DAP dan PKR di negeri itu.

Katanya, kedua-dua pemimpin PKR dan DAP negeri hendaklah berunding terlebih dahulu dengan pucuk pimpinan parti masing-masing sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Menurutnya, perbalahan antara pemimpin PKR dan DAP Johor itu menyebabkan media arus perdana yang dikawal BN melaporkan publisiti negatif yang menguntungkan BN dan mengecewakan penyokong Pakatan Rakyat (PR).

“Pucuk pimpinan DAP pusat menghargai sumbangan Dr Boo dan mengakui kekecewaan beliau apabila ditentukan dalam hubungan antara DAP dan PKR di Johor. Bagaimanapun, apa-apa perkara yang tidak tidak adil dan mengecewakan mana-mana p[ihak tidak perlu dinyatakan kepada umum melainkan jika semua saluran perbincangan dalaman antara PKR dan DAP sudah selesai.

“Selagi perbincangan masih diteruskan, pemimpin, ahli dan penyokong DAP, PKR dan Pakatan Rakyat dinasihatkan mengemukakan pandangan melalui saluran dalaman agar tidak dijadikan senjata oleh musuh parti,’ katanya.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, kepimpinan parti peringkat pusat hendaklah menyampaikan sentimen dan justifikasi DAP Johor dalam rundingan akhir mengenai pembahagian kerusi yang akan diputuskan pemimpin tertinggi PKR dan DAP nanti.

Menurutnya, rundingan pembahagian kerusi di kalangan parti komponen Pakatan Rakyat masih diteruskan dan DAP diwakili pasukan yang diketuai Timbalan Pengerusi Kebangsaan dan Pengerusi Jawatankuasa Pilihanraya Tan Kok Wai dan pertikaian mengenai sebarang kerusi hendaklah ditujukan kepada tiga pemimpin tertinggi PR
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger