Headlines News :
Home » » P.Pinang dapat RM 22.5 Bilion daripada kerajaan Pusat dalam tempoh 5 tahun @dzainalabidin

P.Pinang dapat RM 22.5 Bilion daripada kerajaan Pusat dalam tempoh 5 tahun @dzainalabidin


 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata sukar untuk membayangkan bagaimana rupa Pulau Pinang sekiranya kerajaan pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) mengamalkan polisi politik balas dendam dan sikap tidak ambil peduli terhadap rakyat di negeri itu.
Ternyata jelas beliau hampir lima tahun DAP memerintah negeri itu merupakan satu kegagalan dan masa yang terbuang begitu saja.
Dengan mengambil contoh perumahan rumah mampu milik untuk rakyat, beliau seterusnya menambah perkara itu menjelaskan segala-galanya sepanjang lima tahun DAP memerintah negeri tersebut.
“Sebelum ini kalau kita lihat di media massa yang mana projek yang diletakkan harga mampu milik itu RM400 000. Siapa yang mampu  beli RM400 000 itu. Saya tidak tahu nak ketawa atau nak menangis.
Ini mustahil. Rumah berharga RM400 000 ini bukannya mampu milik. Mampu milik kalau buat  RM200 000 mungkin adalah yang mampu. RM100 000 ada jugalah yang mampu. Inilah yang dibuat oleh kerajaan persekutuan yang saya rasa definisi  mampu miliknya RM250 000  ke bawah untuk kawasan biasa.
“Untuk kawasan luar bandar mampu miliknya  RM150 000 ke bawah, dan kalau betul-betul di pusat bandar mungkin dalam lingkungan RM 250 000 hingga RM300 000. Ini pertama kali saya dengar cerita rumah mampu milik RM400 ribu,” katanya kepada UMNO-Online.
Beliau seterusnya berharap rakyat negeri berkenaan jangan lagi dipersenda, diperkotak-katikkan dengan perkara sedemikian.
Datuk Zainal yang juga Ketua UMNO Nibong Tebal seterusnya melahirkan rasa syukur dan bangga terhadap komitmen kerajaan pusat yang terus menerus memberikan pelbagai pembangunan untuk negeri tersebut walaupun ianya diperintah oleh pembangkang.
“Komitmen kerajaan pusat terhadap negeri ini di luar jangka. Datuk Seri Najib buat keputusan untuk terus bantu rakyat Pulau Pinang. Tidak ada dendam politik. Kita perlu terus lihat ke depan, letakkan emosi ke sebalah dan kita perlu fikir apa yang terbaik untuk rakyat dan tidak mahu rakyat rugi lagi.
“Sepanjang lima  tahun lepas sebanyak RM 22.5 bilion diberi kepada Pulau Pinang yang jauh lebih banyak jumlahnya berbanding negeri lain. Komitmen dan janji yang kita telah janji sebelum ini kita teruskan.
“Contohnya kita dapat jambatan kedua Pulau Pinang yang akan siap September ini jumlahnya RM4.5 bilion, kita dapat ‘double tracking’  keretapi menelan belanja RM2.2 bilion, kita dapat ‘Mengkuang dam’ RM1.1 bilion, kita dapat pembaikan lapangan terbang RM250 juta, pelebaran jambatan Pulau Pinang 1 RM400 juta dan sebagainya lagi dijumlahkan lima tahun sebanyak RM22.5 bilion.
“Inilah satu yang dipanggil kebijaksanaan dan keperihatinan Datuk Seri Najib dan kepimpinan BN lain untuk letakkan Pulau Pinang tidak kebelakang dan dapat terus berkembang dari segi ekonomi.

Bayangkan kalau RM22.5 bilion ini tidak masuk Pulau Pinang  lima tahun lepas, kita akan dapat ekonomi menguncup, rakyat menderita dan banyak perkara di luar dugaan kita berlaku di Pulau Pinang,” katanya. -MediaUMNO
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger