Headlines News :
Home » » Mansor bidas DAP Melayu nak tuntut kerusi PKR

Mansor bidas DAP Melayu nak tuntut kerusi PKR




SHAH ALAM: Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menafikan dakwaan bahawa partinya telah "mengambil" kerusi rakan komponen sehingga mengakibatkan calon Melayu gagal diketengahkan oleh DAP pada pilihan raya umum yang lalu. Menurut beliau, tuduhan bekas Ahli Jawantakuasa DAP Zulkifli Mohd Noor mengenai perkara itu adalah tidak berasas.

 "Mana ada (PKR) ambil kerusi DAP Melayu, tidak ada. Itu tuntutan yang mengarut," katanya ketika dihubungi. Zulkifli yang ditemubual Antarapos sewaktu Kongres Kebangsaan DAP yang berlangsung di Pulau Pinang minggu lalu menggesa supaya PKR memulangkan semula sekurang-kurangnya tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah diberikan kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

 Beliau mendakwa ketiga-tiga kerusi yang diambil oleh PKR sebelum ini telah mengakibatkan DAP Melayu tidak dapat meletakkan calon pada pilihan raya lalu.

 “Itulah sebabnya mengapa tidak ada calon-calon Melayu dibariskan oleh DAP pada tahun 2008. Semua kerusi kita diserahkan kepada PKR dan sedikit untuk PAS.

 “Daripada 13 kerusi yang diambil, apa salahnya kalau dipulangkan dua atau tiga kerusi..untuk agama, bangsa dan budaya Melayu," kata beliau. DAP sebelum ini dipalitkan dengan kegagalan mempamerkan imej parti pelbagai kaum apabila kesemua lapan calon Melayu kalah dalam merebut 10 tempat dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dilaksanakan menggunakan dakwat kekal. Walau bagaimanapun Zairil Khir Johari dan Senator Ariffin SM Omar dilantik menganggotai CEC.

 Sementara itu mengenai perkembangan terbaru bahawa Mansor bakal menjadi calon PKR untuk kerusi parlimen Nibong Tebal yang diumumkan Anwar, Timbalan Ketua Menteri Kedua Pulau Pinang itu enggan mengulas.

 Sebaliknya Mansor menyerahkan perkara tersebut kepada kuasa penentu kepimpinan. "Itu tak tahu lah bergantung kepada pucuk pimpinan," jawab beliau ringkas.-ANTARA POS-


 
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger