Slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus yang diperkenalkan oleh pentabiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah sekadar slogan untuk mengaburi rakyat yang kononnya mereka lebih baik daripada kerajaan sebelum ini sedangkan perkara sekadar slogan sahaja.
Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Zabariah Wahab berkata sejak memerintah Pulau Pinang, tiada perubahan yang dibuat oleh mereka, malah semakin banyak masalah yang terpaksa dihadapi oleh rakyat terutama di kalangan mereka yang berpendapatan rendah.
“Apa yang sudah dibuat oleh mereka untuk rakyat, kononnya menjadi pembela rakyat. tetapi apa yang dilakukannya untuk rakyat, yang banyak dibela hanyalah golongan kaya, masyarakat bawahan terus tertindas dengan pelbagai peraturan sehingga menyukarkan mereka untuk mencari rezeki.
“Kita lihat apa yang berlaku kepada peniaga-peniaga kecil yang berniaga sejak bertahun-tahun tanpa sebarang masalah tetapi sejak DAP perintah Pulau Pinang pelbagai peraturan baru yang dibuat sehingga menyukarkan mereka untuk mencari makan dengan pelbagai alasan yang diberi.
“Malah tindakan yang dibuat itu tidak setara, mereka pilih kasih, ada segelintir yang tindakan dikenakan tindakan walaupun berniaga di kawasan yang berhampiran, mana dia kepimpinan C.A.T, setahu saya C.A.T itu hanya `cakap apa pun tak ada’,” katanya.
Beliau yang juga Adun Bertam ingin tahu berhubung pemberian rasuah terhadap bekas Timbalan Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sehingga kini tiada sebarang jawapan atau pejelasan diberikan oleh mereka yang terbabit terutamanya Guan Eng.
“Mereka kata mereka amalkan C.A.T dalam pentadbirannya, bagaimana membabitkan pendedahan Tunku Aziz berhubung cubaan merasuahnya oleh pegawai Ketua Menteri, jika benar mereka telus sudah pasti mereka menafikankannya dan menyaman Tunku Aziz kerana buat fitnah.
“Guan Eng ini hanya pandai cakap sahaja, bila kena `batang hidung sendiri’, mereka diam, kalau tidak bermacam cara mereka lakukan, malah sanggup menyaman mana-mana pihak tetapi kes Tunku Aziz taiada sepatah pun yang kita dengar dari mereka,” katanya.
Menurutnya, banyak lagi kepincangan kepimpinan Guan Eng sejak mentadbir Pulau Pinang, bila perkara itu dipersoalkan sama ada di dalam Dewan Undangan Negeri ataupun di luar dewan , mereka hanya menyalahk
Post a Comment