Headlines News :
Home » » CAP gesa agensi kerajaan siasat pencemaran Sg Juru

CAP gesa agensi kerajaan siasat pencemaran Sg Juru




Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak bertanggungjawab memberi perhatian serius terhadap masalah pencemaran Sungai Juru di daerah Seberang Perai Tengah. Hasil tinjauan yang dilakukan oleh CAP mendapati selain bahan toksik dari kawasan perindustrian Perai dan air kumbahan dari taman perumahan, terdapat sisa minyak hitam dibuang ke dalam parit seterusnya mengalir ke sungai.

 Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris (gambar) berkata, pencemaran itu bukan sahaja menjejaskan kualiti alam sekitar malah turut mengakibatkan kira-kira 300 nelayan di kawasan berkenaan bakal hilang mata pencarian apabila hasil tangkapan ikan serta ternakan kerang di sungai berkenaan terjejas.

 "Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu menjalankan siasatan segera dan mengambil tindakan bagi menangani masalah berkenaan.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger