Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilihat terperangkap dengan slogan mereka yang kononnya berpaksikan kepada slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).
Presiden Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Aminah Abdullah berkata pelbagai isu yang sehingga kini belum lagi diselesaikan selain gagal memberikan penjelasan sewajarnya menunjukkan betapa kerajaan negeri berkenaan berada pada tahap genting.
Menurut beliau isu seperti perumahan kos rendah, bantahan peniaga di Padang Kota, isu rasuah yang didakwa oleh bekas Naib Presiden DAP, Tunku Aziz benar-benar meresahkan kerajaan Pulau Pinang hari ini.
“Nampak gayanya slogan itu memakan diri mereka sendiri……cakap di ceruk kawasan berdegar-degar berpaksikan kepada slogan berkenaan, rupa-rupanya sekadar slogan dan tinggal kenangan.
“Jika kerajaan negeri benar-benar berpegang kepada prinsip serta slogan tersebut, isu-isu seumpama ini tidak akan timbul dan tidak selamanya rakyat Pulau Pinang berterusan menimbulkan perkara yang sama,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Aminah yang juga bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang rakyat negeri itu memerhatikan secara dekat isu-isu yang berbangkit dan berlaku di negeri tersebut.
Katanya Guan Eng boleh bercakap apa sahaja namun rakyat memerhatikan secara teliti tindak-tanduk kerajaan negeri yang dilihat seolah-olah indah khabar dari rupa.
“Ini adalah rungutan rakyat Pulau Pinang…Kenapa sehingga kini kerajaan yang ada umpama main wayang dan mengelak serta terus mengelak berhubung isu berbangkit.
“Seperti yang saya sebutkan tadi…sampai bila mereka akan terus mengambil sikap sedemikian. Ingat rakyat sedang memerhatikan kamu dan amanah yang diberi sewajarnya dilaksanakan dengan baik untuk menjaga kepentingan rakyat,“ katanya. -MediaUMNO
Post a Comment