Headlines News :
Home » » Dr Yusof Al Qaradawi puji kerajaan Malaysia bantu rakyat Palesti

Dr Yusof Al Qaradawi puji kerajaan Malaysia bantu rakyat Palesti

.


 - Tokoh ulama terkemuka, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi mengutus surat kepada kerajaan Malaysia bagi menghargai sumbangan negara ini dalam membantu rakyat Palestin.

 Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia, Nasharudin Mat Isa, surat daripada ulama tersohor berkenaan diserahkan oleh Timbalan Pengarah Al-Quds Beirut, Dr. Aiman Zaidan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam, selepas Majlis Perasmian Seminar Dakwah Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

 ''Al-Qaradawi yang merupakan Pengerusi Majlis Pemegang Amanah Yayasan Al-Quds International yang beribupejabat di Beirut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia di atas sumbangan berterusan terhadap isu Palestin.

 ''Beliau juga menghargai sumbangan berjumlah AS$5 juta oleh Malaysia yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bagi membiayai pembinaan sebuah kolej kesihatan di Al-Quds,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

 Menurut Nasharudin, selain menghargai keprihatinan Malaysia dalam isu Palestin, Al-Qaradawi juga mendoakan kesejahteraan Najib, Muhyiddin, kerajaan dan rakyat Malaysia. ''Al-Qaradawi yakin bahawa Malaysia akan terus memberi sumbangan dan sokongan terhadap isu-isu Islam serta umat Islam seluruh dunia khususnya di Palestin,'' katanya.
Share this post :

+ comments + 1 comments

October 10, 2012 at 2:24 PM

Anwar Ibrahim mabuk kepayang memukul canang bahwa dia akrab dengan Dr. Yusuf Al-Qaradawi. Sekali lagi Allah hendah menunjukkan siapa yang benar.

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger