Tindakan DAP yang terus bersikap angkuh dan sering tidak menghormati rakan pakatannya terutama di Pulau Pinang kerana mereka yakin masih mempunyai kekuatan walaupun tanpa sokongan PKR dan Pas.
Pengerusi Sekretariat Pemuda BN dan 1Malaysia, Mohd Faizal Ramly berkata tindak-tanduk DAP sejak kebelakangan ini khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13 sehingga menimbulkan rasa kurang senang PKR dan Pas berpunca dari sikap tamak DAP yang sebenarnya tidak ikhlas membentuk pakatan pembangkang.
Jelas beliau lagi DAP sendiri sebenarnya tidak mempercayai PKR dan Pas berdasarkan beberapa rekod pemimpin parti itu sebelum ini yang tidak mempunyai prinsip perjuangan yang tetap.
“PKR dan Pas bagi DAP umpama pencuci mulut saja.. kalau tak ada pun tetap kenyang.
Sebab itu agenda utama DAP sekarang adalah untuk menambah kerusi bagi memastikan mereka boleh memerintah sendirian sebagai langkah berjaga-jaga terhadap tindak tanduk PKR dan Pas pada masa hadapan.''
“Kita yakin rakyat boleh menilai sejauh mana ikatan mereka dalam pakatan pembangkang hari ini yang penuh dengan saling curiga mencurigai antara satu sama lain,“ katanya kepada UMNO-Online di sini.
Mengulas lebih lanjut Faizal yang juga Ketua Pemuda Teluk Kemang seterusnya menambah keakraban yang ditunjukkan pakatan pembangkang kepada umum sebenarnya hanyalah sekadar lakonan dalam usaha mengaburi mata rakyat
.
“Kerjasama pembangkang dalam pakatan sekarang macam orang tiup belon makin lama makin membesar dan tunggu masa untuk meletup dan pecah..
“Mereka boleh terus berlakon bersandiwara tapi lakonan mereka itu tidak mampu untuk menipu rakyat bagi jangka masa yang panjang,” katanya. -MediaUMNO
+ comments + 1 comments
Dengarlah tuan satu cerita.
Kisah betul dan lagi nyata.
Kisah seorang yang mabuk kuasa.
Otaknya biul penuh auta.
Kisah bermula di Pulau Pinang.
Sekor Melayu dah jadi petualang.
Main depan main belakang.
Akhirnya jadi ketua pembangkang.
Namun begitu hatinya kotor.
Macam hantu keluar kubor.
Hingga Mahathir dah naik murka.
Akhirnya jadi si Penderhaka.
Punya pengikut yang cukup bengap.
Bila bercakap tergagap gagap.
Sekor lagi bodoh nak mampus.
Ada bini tapi dayus.
BN berkapal dia naik tongkang.
PAS/DAP dah tunggang langgang.
Pegangan Agama dah naik songsang.
Itulah dia Anwar Temberang.
Post a Comment