Headlines News :
Home » » Pemuda BN pelawa Guan Eng tinjau tanah kosong Taman Manggis

Pemuda BN pelawa Guan Eng tinjau tanah kosong Taman Manggis




GEORGE TOWN - Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang hari ini menjemput Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk bersama-sama turun padang bagi meninjau kawasan tanah kosong di Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin di sini.

 Ketuanya, Oh Tong Keong berkata pergerakan itu akan menyerahkan surat jemputan rasmi kepada Lim berhubung perkara itu esok pagi. Beliau berkata tinjauan itu antara lain untuk memberi gambaran kepada ketua menteri itu supaya meneruskan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang sepatutnya dibangunkan di tanah tersebut.

 "Kami juga akan menunjukkan semua dokumen sebagai bukti supaya beliau (Lim) memahami sepatutnya meneruskan pembangunan projek perumahan rakyat seperti yang telah dirancang sebelum ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

 Pada Jun lepas, BN negeri mendedahkan tanah seluas 0.45 hektar itu yang sepatutnya dibangunkan untuk PPR fasa kedua dijual kepada syarikat swasta untuk pembinaan bangunan setinggi 30 tingkat yang mengandungi 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital swasta dan lima tingkat tempat letak kereta. Lim sebelum ini berkata tanah itu terpaksa dijual kerana keluasannya tidak mencukupi untuk membangunkan projek perumahan.

 Susulan itu, Pemuda BN negeri menyatakan minat untuk membeli semula tanah berkenaan bagi dibangunkan dengan perumahan kos rendah. - Bernama
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger