Polis memandang serius tindakan kira-kira 100 penduduk di Teluk Bahang yang menyerang dan memecahkan beberapa cermin balai polis di situ ekoran salah faham dan rasa tidak puas hati mengenai tindakan anggotanya menangani kegiatan pelesit rempit Ahad lalu.
Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, insiden pukul 10 malam itu tidak sepatutnya berlaku sekiranya penduduk bertindak mengikut undang-undang.
"Kita sedang menyiasat kedua-dua insiden iaitu merusuh serta dakwaan seorang anggota polis yang melempar topi keledar ke arah penunggang motosikal semasa operasi itu hingga menyebabkan kecederaan.
"Tiada siapa boleh terlepas. Anggota polis yang sedang disiasat itu telah ditukarkan ke bahagian lain dan kita juga sedang mengumpulkan bukti-bukti kejadian," ujarnya.
Serangan itu berlaku selepas penduduk tidak puas hati mengenai cara polis menangani kegiatan lumba haram di Jalan Teluk Bahang dengan mendakwa pihak berkuasa itu membaling topi keledar ke arah pelesit rempit yang cuba melarikan diri daripada sekatan pada pukul 8 malam.
+ comments + 3 comments
rempit zaman lani tak sama mcm aku zaman dulu...
mcm tu jugak dgn bon...
pejuang hamas...
bagitau polis mcm mana cara nak menangani gejala rempit haramjadah nie..bagitahu mcm mana nak tahan dia org,mcm mana nak bagidia orang berhenti..pundek punya org yang tak puas hati dengan polis yang ambil tindakan tu...mammpus ke hidup ke kalau kemalangan polis jugak yang kena buat kerja...mampos lagi baiklah..masuk dlm beg plastik itam kapan2 sumbat dlm lubang kubur..
lain kali biar je depa rempit..mati kan biasa je bagi depa..ride to die..boleh solat jenazah kat sana terus..yang serang balai awat tak bakar je..suka2 hati korang jer..apa punya jemaah bawak bincaang la dulu..cam bangang je..polis lainkali jangan wat apa2 la.tengok dah la..jatuh baru tolong tangkap..
Post a Comment