Pemuda Umno Pulau Pinang menyokong penuh kenyataan Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mengenai Keperluan Kerajaan Negeri DAP menyebarkan maklumat yang cukup kepada rakyat serta rundingan awam sebelum melaksanakan projek infrastruktur mega di Pulau Pinang.
Kerajaan Negeri DAP perlu memegang prinsip "kebebasan maklumat" yang sering mereka laung-laungkan diperingkat nasional dan kononnya menjadi kelebihan mereka. Perlaksanaan beberapa pembangunan mega di pulau pinang samada kecil atau besar,tender terbuka atau rundingan tidak meletakkan kebebasan maklumat(freedom of Information) yang keutamaan dan hanya senahagian kecil maklumat dikeluarkan itupun setelah didesak beberapa kali.
Antara beberapa projek yang tidak mengamalkan faktor kebebasan maklumat adalah seperti Cadangan Perlaksanaan beberapa projek seperti pembinaan terowong dasar laut yang menghubungkan Persiaran Gurney dengan Bagan Ajam sepanjang 6.5km,Tanjung bungah ke teluk bahang, jalan pintas daripada persiaran gurney ke lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan jalan pintas dari lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke bandar baru air hitam.
Rakyat Pulau Pinang perlu dibekalkan perkara-perkara berikut atas dasar kebebasan maklumat, antara maklumat yang perlu dipamerkan setelah kajiam impak dibuat adalah seperti berikut:
1.Kajian Kebolehlaksanaan-Feasibility Studies-merangkumi banyak faktor kebolehlaksanaan pembangunan
2.Kajian kesan kepada Trafik
3.Kajian Kesan kepada Alam Sekitar
4.Kajian Kesan Sosial
5.Kajian kesan Kepada Ekonomi
Kerajaan Negeri DAP juga perlu memastikan semua laporan diatas adalah dipamerkan kepada rakyat dan mudah diperolehi.Antara persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan negeri DAP terhadap perlaksanaan projek2 diatas adalah seperti berikut:
1.Benarkah projek berkenaan dilaksanakan dan dibiayai melalui pertukaran tanah dengan syarikat yang bakal membangunkan projek itu?
2.Jika benar berapa luaskah tanah yang akan diganti kepada pemaju tersebut?
3. Adakah tanah tersebut dipajak atau dijual yakni pegangan bebas atau pajakan
4.Jika berdasarkan harga jualan tanah di Bayan Mutiara yakni RM240/kaki persegi,kos 8 billion pembinaan terowong hanya boleh diganti dengan sekurang-kurangnya tanah berkeluasan 765 ekar.Keluasannya ini dikira berdasarkan anggaran kasar tanpa mengambilkira keuntungan pemaju lagi.
5.Dimanakah kedudukan tanah seluas 765 ekar yang akan digantikan kepada pemaju?
6.Adakah tanah laut akan dijual atau dipajak kepada pemaju?
7.Jika benar tanah yang akan diganti seluas itu, Sudah pasti semua kajian diatas sepatutnya telah dilaksanakan,dimanakah semua laporan Kajian tersebut?
8.Bagaimana pula dengan baki 3 projek lagi,apakah kaedah penukaran tanah digunapakai?jika kaedah yang sama digunapakai, maka keluasan tanah yang akan dijual atau dipajak akan bertambah.
9.Siapakah perunding yang dilantik untuk menjalankan kajian kajian tersebut diatas?adakah masih menggunakan kepakaran perunding singapura?
10.Adakah kerajaan Negeri DAP mampu mempamerkan semua kajian tersebut dengan kadar segera memandangkan tender untuk projek2 diatas telah dibuat atau mungkinkah Kerajaan negeri DAP telah melaksanakan proses tender bagi projek diatas tanpa membuat sebarang kajian?
Diharapkan Kerajaan Negeri DAP jangan cuba berdolak dalih serta mengalihkan perkara diatas menjadi permainan politik kerana perkara2 teknikal diatas perlu diperjelaskan secara Kompeten,Akauntabel dan Telus untuk kepentingan rakyat
Ir Shaik Hussein Mydin
KP UMNO P.Pinang
Doktor tersilap potong kaki pesakit
-
Oleh – Syeikh Baran Seorang lelaki di Kanada terkejut apabila mendapati
pakar bedah tersilap memotong kaki kirinya sejurus tersedar daripada
pembedahan, ...
5 days ago
Post a Comment