Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow menyelar kerajaan DAP Pulau Pinang apabila cuba menafikan kelayakan kepakaran syarikat perumahan tempatan bagi membina rumah mampu milik di negeri itu.
Beliau berkata, kerajaan di negeri itu sepatutnya mempercayai dan memberi peluang kepada syarikat tempatan demi menggalas tanggungjawab tersebut.
"Dia bertindak begitu dia membelakangkan kepakaran tempatan.
"Dia sendiri katakan mahu kepakaran tempatan berkhidmat di negara ini, tetapi dia sendiri tidak menggunakan kepakaran tempatan," katanya ketika dihubungi.
Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan Pulau Pinang akan menggunakan khidmat Lembaga Perumahan (HDB) Singapura untuk membina rumah mampu milik dengan peruntukan RM500 juta.
Perkara itu diberitahu selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan program membina 20,000 rumah mampu milik di negeri itu di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan agensi-agensi berkaitan.
Tambah Tang lagi, HDB Singapura merupakan sebuah syarikat asing dan sudah tentu akan memakan kos yang tinggi sekaligus menyebabkan harga rumah melambung tinggi.
"Kalau PR1MA boleh bina rumah di seluruh negeri tanpa guna kepakaran luar negara, kita tidak nampak kenapa dia perlu guna kepakaran asing," tegasnya.
Malah beliau juga melihat pengumuman itu dibuat selepas Najib mengumumkan hasrat bahawa kerajaan persekutuan akan membina 20,000 rumah mampu milik di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
"Dia bertindak untuk dia lindungi kelemahan dia.
"Satu dia (DAP Pulau Pinang) tidak ada perancangan dan tidak ada dasar perumahan, sebab itu selepas PM buat pengumuman baru mereka mahu bertindak," ujarnya.- ANTARA POS-
How I Became An Expert on
-
Service Communication Services If you require to make your employees
interact, or if you are looking for ways to improve performance within your
service, t...
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Kaum Hawa Digesa Teroka Perniagaan Kreatif
-
KUALA LUMPUR – Kaum wanita di negara ini digesa mengambil peluang menceburi
bidang perniagaan kreatif yang mempunyai pasaran luas, kata Penasihat
Pembangun...
Tengok Kabel Politik Siapa Lebih Kuat
-
Baik Sg Besar ataupun Kuala Kangsar, detik semakin hampir untuk menentukan
siapa yang bakal menjadi calon BN dalam PRK kali ini. Macam-macam cerita.
Macam-...
Marquez sambar petak pertama
-
SEPANG 25 Okt. - Penunggang Repsol Honda Team Marc Marquez akan memulakan
perlumbaan di petak pertama esok setelah mencatat masa terpantas dalam
ujian kela...
Post a Comment