PULAU PINANG - Pemuda UMNO P.Pinang mempersoalkan janji terbaru Lim Guan Eng dan DAP yang mahu menghapuskan tol lebuh raya PLUS yang telah memperoleh keuntungan berlebihan jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) disifatkan sebagai tindakan orang terdesak dan kemaruk kuasa.
Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang , Ir Shaik Hussein Mydin berkata, kerajaan DAP semakin hilang akal menjelangnya PRU 13 ini jika mengikut kepada janji-janji yang ditabur oleh mereka sekarang ini .
Menurutnya, pembangkang hanya pandai menabur pelbagai janji tetapi ia tidak dikotakan.
" Lim Guan Eng perlu memastikan janji PRU 12 untuk hapuskan Tol Sungai Nyior perlu ditunaikan terlebih dahulu " katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bagan .
Selain itu , Lim Guan Eng disaran perlu membuat kajian dahulu sebelum berjanji kepada rakyat.
" Beliau telah menyalahkan kerajaan Persekutuan kononnya kos untuk hapuskan tol Sg Nyior sangat mahal , ini membuktikan kerajaan DAP tidak pernah membuat kajian terlebih dahulu dan mereka hanya pandai berjanji"
" Begitu juga dengan lebuhraya PLUS , Guan Eng mungkin tidak faham bahawa lebuhraya memerlukan kos penyelengaraan disampung kos-kos yang lain " katanya menerusi sms kepada My Penang Online .
Ir Shaik Hussein diminta mengulas ucapan Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang semasa Konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar, Kedah minggu lepas .Dalam ucapannya, Guan Eng berkata, antara tujuan penghapusan tol tersebut adalah bagi meringankan beban rakyat.
+ comments + 1 comments
Kadang2 kita pening jugak ye. Dulu pembangkang berjanji nak beri itu ini sekiranya menjadi kerajaan persekutuan, maka ramailah muncul keparat sana, kakong sini yg bercakap bahawa negara akan bangkrap dg idea pembangkang, tapi kini rakyat ditaburkan dgn wang atas jenama 1 Malaysia, tak bangkrap pun. Kali ini cadangan diulang pembangkang bahawa tol akan dimansuhkan pd laluan2 tertentu yg telah kaya raya, pun ada juga malaun yg tak setuju. Apa kepentingan malaun yg tak bersetuju ini kepada pemegang konsesi?
Post a Comment