Headlines News :
Home » , , » Bukan pelik DAP sapu kontrak Bumiputra , Kayakan kroni - Musa

Bukan pelik DAP sapu kontrak Bumiputra , Kayakan kroni - Musa



GEORGETOWN :- Bukan satu yang pelik dan bukan sesuatu yang janggal apabila pendedahan demi pendedahan menerusi Suruhanjaya Siasatan Kematian Teo Beng Hock telah menimbulkan pelbagai tuduhan bagaimana kerakusan pimpinan DAP membolot projek kelas F yang sepatutnya bertujuan untuk membantu kontraktor kecil-kecilan Bumiputera.

Bagi Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir isu berkenaan bukan sesuatu yang baru kerana di negeri berkenaan, pelbagai cerita mengenai kerakusan DAP yang menunjangi kerajaan negeri telah membolot projek termasuk secara rundingan terus kepada kaum mereka sendiri.

Mengulas lebih lebih lanjut, beliau megimbau kembali bagaimana projek tambun tanah yang diberikan kepada ECK Sdn Bhd secara rundingan terus yang berjumlah RM74 juta masih tidak dijawab oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng.


“Jika betul perkara ini, dan sekiranya benar segala tuduhan terhadap apa yang diperkatakan oleh pelbagai pihak hari ini termasuk projek tambun tanah itu, amat jelas DAP sememangnya anti Melayu dan akan terdedah sedikit demi sedikit dalam masa terdekat.

“Mereka mempunyai agenda tersembunyi yang perlu diketahui oleh rakyat kerana DAP hanya mementingkan kroni mereka. Dulu kata BN yang kaki kroni dan sebagainya, alih-alih hari ini terpercik ke muka mereka sendiri.

“Kata dulang paku serpih, mengata orang rupa-rupanya mereka yang lebih. Apakah ini yang dikatakan memmerintah berpaksikan kepada tiga prinsip iaitu Cekap, Telus dan Akauntabiliti….Rupa-rupanya sekadar retorik,” katanya kepada UMNO-Online.
3
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger