Headlines News :
Home » » Tiada lagi percuma , Kerajaan BN Kedah akan tuntut caj air kepada kerajaan P.Pinang

Tiada lagi percuma , Kerajaan BN Kedah akan tuntut caj air kepada kerajaan P.Pinang




Alor Setar: Kerajaan Kedah tetap akan menuntut bayaran bagi setiap liter air dari Sungai Muda yang dibekalkan kepada Pulau Pinang.

Ia diakui sendiri Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan Negeri, Badrul Hisham Hashim, ketika diminta mengulas isu itu yang sebelum ini didakwa mampu menjana RM20 juta setahun kepada Kedah.
Beliau berkata, tiada sebab bagi kerajaan Kedah untuk menarik balik hasrat terbabit.


Adakan rundingan

Justeru, katanya, kerajaan negeri akan mengadakan rundingan dengan kerajaan Pulau Pinang dalam tempoh terdekat.

Kita akan memperhalusi semula rundingan untuk tujuan itu dalam aspek perundangan dan sejarah. Tambahan pula Pulau Pinang tidak pernah dikenakan sebarang bayaran bagi sumber air yang diperoleh daripada Sungai Muda sebelum ini.

Mudahkan perbincangan
     
Sebelum itu, kita akan memanggil Lembaga Sumber Air Kedah untuk mendapatkan perincian mengenainya untuk memudahkan perbincangan bersama kerajaan Pulau Pinang, katanya ketika ditemui selepas merasmikan Hari Komuniti Sihat Perpaduan Sejahtera di Taman Setia Jaya di sini, semalam.

Sebelum ini, Kedah menyatakan hasrat untuk mengenakan caj bagi setiap liter air mentah daripada Sungai Muda kepada Pulau Pinang yang dianggar mencecah RM20 juta setahun.

Perkara itu dibangkitkan kerajaan negeri sebelum ini ketika membentangkan Bajet 2013. Bagaimanapun ia menimbulkan pertikaian apabila Pulau Pinang menafikan wujud rundingan sedemikian dan tidak bercadang membayar kepada kerajaan Kedah untuk air Sungai Muda.

Mengulas lanjut, Badrul Hisham berkata, kerajaan negeri tetap akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Pulau Pinang untuk memuktamadkan isu berkenaan dalam masa terdekat.
Share this post :

+ comments + 5 comments

Anonymous
June 1, 2013 at 1:36 PM

terbaik Dato'...sokong! diorang boleh cas kita nape kita tak boleh cas plak?...

Anonymous
June 1, 2013 at 3:24 PM

Padan muka LGE

Anonymous
June 1, 2013 at 6:45 PM

Nak perbodoh melayu saja, jangan bagi muka kepada mereka cas saja.

Anonymous
June 1, 2013 at 11:19 PM

Sekurang kurangnya tuntut semula seluruh seberang perai.....mesti ada cacat cela dlm perjanjian terdahulu....tuntut tetap tuntut....

Anonymous
June 3, 2013 at 10:06 AM

MB baru..sila jangan berlembut dgn kerajaan komunis DAP..

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger