Headlines News :
Home » , , , » UMNO tidak tuntut jawatan Ketua Menteri jika BN menang kembali PP

UMNO tidak tuntut jawatan Ketua Menteri jika BN menang kembali PP


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno tidak akan menuntut untuk mengetuai pentadbiran negeri Pulau Pinang sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, perkara itu telah dipersetujui secara prinsip oleh ketua perhubungan Umno Pulau Pinang.

"Dia (ketua Umno negeri) pun sependapat bahawa Umno tak perlu dan tak ingin menuntut kerusi ketua menteri Pulau Pinang sekiranya BN diberi mandat," katanya selepas merasmikan persidang nasional parti GERAKAN hari ini.

Najib bagaimanapun menjelaskan, keputusan berkenaan hanya pendirian Umno dan masih perlu dibincangkan dalam BN.

"Tapi ianya tidak akan jadi calon (ketua menteri) Umno," katanya lagi.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger