Headlines News :
Home » , , » Bajet 2012 : UMNO P.Pinang akan turun padang jelaskan kepada rakyat

Bajet 2012 : UMNO P.Pinang akan turun padang jelaskan kepada rakyat



NIBONG TEBAL, 16 Okt – Umno Pulau Pinang akan turun padang bagi memberi penjelasan kepada penduduk negeri ini berhubung Belanjawan 2012 yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata pihaknya akan pengerakkan jentera dari rumah ke rumah untuk memberi penjelasan agar rakyat mendapat maklumat yang tepat mengenai belanjawan 2012.

“Ada 100 perkara yang diumumkan oleh Perdana Menteri mempunyai kaitan dengan orang ramai dan kami akan memberi penjelasan agar mereka faham dan tahu apa yang ada dalam belanjawan itu.

“Umno Pulau Pinang juga tidak mahu rakyat di negeri ini tidak tahu atau ketinggalan dalam menerima bantuan yang disalurkan kepada mereka menerusi belanjawan 2012 itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Deepavali kepada penduduk ladang Kalidonia, di sini hari ini.

Zainal berkata Umno juga mula turun ke seluruh Pusat Daerah Mengundi (PDM) di negeri ini untuk melihat jumlah pengundi bagi merangka strategi untuk menawan semula Pulau Pinang.

Sementara itu, beliau yang juga Penyelaras Umno Nibong Tebal berkata pihaknya menyediakan sejumlah peruntukan untuk 1,500 penerima sumbangan Deepavali tahun ini.

“Lebih 30 kuil hindu turut menerima sumbangan Deepavali pada tahun ini,” katanya.
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
October 16, 2011 at 11:45 PM

TURUN PADANG CEPAT SIKIT...

PERKARA BAIK JGN DILENGAHKAN...

PEJUANG HAMAS...

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger