PERMATANG PAUH 16 Okt. - Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Dato Abd Jalil Majid menganggap kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini ketika Perhimpunan Agung Gerakan ke 40 bahawa UMNO tidak akan tuntut jawatan Ketua Menteri jika berjaya mengambil alih P.Pinang sebagai noktah untuk wayang Anwar Ibrahim & DAP P.Pinang.
" Ini lah wayang Anwar Ibrahim & Guan Eng pada PRU 12 di negeri dan sekarang ia telah berakhir " katanya menerusi sms dihantar ke My Penang Online .
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini telah menegaskan bahawa UMNO tidak akan sesekali mengambil alih pentadbiran di Pulau Pinang sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya merampas semula negeri itu pada pilihan raya akan datang
Sebaliknya kata Perdana Menteri, kerusi Ketua Menteri di negeri itu akan ditentukan menerusi perbincangan dengan kalangan parti-parti komponen lain.
Post a Comment