KEPALA BATAS: Ribuan rakyat mengunjungi majlis rumah terbuka Aidilfitri Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah di Dewan Komplek Budi Penyayang , di sini hari ini.
Rumah terbuka yang bermula pukul 10 pagi dihadiri rakyat Malaysia pelbagai kaum dan lapisan masyarakat .Rakyat Malaysia terutamanya yang berada di bahagian utara tanah air, mengambil kesempatan sambutan hari Pertama Aidilfitri bertemu Abdullah dan isteri pada majlis rumah terbuka itu.
Antara orang kenamaan yang menghadiri rumah terbuka itu adalah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, Pengerui Badan Perhubungan UMNO P.Pinang YBhg Dato Zainal Abidin Osman .
Suasana meriah dan gembira jelas terserlah di wajah kalangan pengunjung apabila mereka berpeluang bersalaman dan beramah mesra dengan Pak Lah dan isteri .
Selain itu, mereka turut menikmati pelbagai juadah Aidilfitri di gerai makanan dan minuman yang disediakan pada majlis itu.
MY PENANG ONLINE
Post a Comment