Para pemimpin tertinggi PKR mengesahkan spekulasi bahawa Nurul Nuha, anak kedua pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim, akan mengambil alih kerusi PKR Nibong Tebal, P. Pinang pada Pilihanraya Umum akan datang. Sebelum ini, kerusi tersebut disandang oleh Tan Tee Beng yang kini menjadi wakil Bebas.
Timbalan Ketua Menteri P.Pinang dan Ketua PKR negeri, Mansor Othman mengesahkan bahagian Nibong Tebal menamakan Nuha sebagai calon yang layak untuk kerusi kawasan campuran separa urban tersebut.
“Nama beliau di kemukakan sebulan lepas. Masih belum di sahkan samada beliau ialah calon akhir. Semuanya akan diketahui sebelum pilihanraya umum nanti.” Mansor Othman ketika membuat kenyataan pada China Press.
Mansor juga berkata ramai pemimpin tertinggi peringkat nasional yang mencadangkan Nuha sebagai calon. Senario ini dilihat sebagai satu kesinambungan kepada penyertaan Nurul Izzah dalam politik tertinggi apabila beliau menang di Lembah Pantai pada PRU12 lalu.
Nurul Izzah sebelum itu dijangkakan tewas kepada Ketua wanita Umno Sharizat Jalil, tetapi ibu muda itu telah mengejutkan semua pihak termasuklah ibubapa nya atas kemenangannya.
“Keadaan yang sama akan berlaku pada Nuha. Jika dia boleh menyelesaikan hal-hal peribadinya, dan setuju untuk bertanding di Nibong Tebal. Tan Tee Beng dan konco-konco BN patut bersedia awal untuk pulang.” Kata seorang lagi tokoh PKR, Eddie Wong.
“Kerusi ini ialah kerusi kebanggaan yang mesti dimenangi oleh PKR dan calon terbaik mesti diletakkan dan calon tersebut berharapan untuk menang. Kami harap beliau mempertimbangkan nya. Jika tidak, bakat baru yang lain akan mengambil alih walaupun mereka tidak sepopular Nuha,” katanya Eddie lagi.
Ketika ditanya apakah peluang Nurul Nuha jika bertanding di Nibong Tebal, Eddie berkata.., “Sudah pasti Nuha akan menang besar. Kerusi tersebut ialah kerusi PKR dan kemudian Tee beng melompat parti.terdapat rasa tidak puas hati terhadapnya. Saya difahamkan Gerakan dan UMNO telah mula menghidu peluang.”
Nibong tebal mempunyai 43.60 % pengundi melayu, 40.50 % Cina dan 15.80 % India.
Post a Comment