Headlines News :
Home » , » Kerajaan DAP membazir biar rumah kosong tanpa penghuni

Kerajaan DAP membazir biar rumah kosong tanpa penghuni




PULAU PINANG 3 Sept. - Kira-kira 30 penduduk Pangsapuri Sri Saujana, Lebuh Macallum di sini mengadakan demonstrasi hari ini kerana berang dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang didakwa sengaja membiarkan sebanyak 348 unit rumah di pangsapuri itu terbiar begitu sahaja.

Keadaan itu menurut mereka, menyebabkan rumah-rumah yang kosong tersebut menjadi sarang maksiat dan penagih dadah.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kota, Loke Poh Chye berkata, keadaan itu juga tidak sepatutnya berlaku ketika kebanyakan penduduk pangsapuri berkenaan terpaksa menyewa daripada pihak lain untuk mendiami kawasan tersebut.

"Kita dapati banyak jarum, kondom dan sampah-sarap yang berselerak di dalam rumah yang masih kosong itu," katanya pada sidang akhbar bersama penduduk yang mengadakan demonstrasi tersebut di sini hari ini.

Dalam pada itu, Poh Chye yang juga Ketua MCA Bahagian Tanjung memberitahu, masih ramai penduduk di negeri ini yang belum memiliki rumah sendiri tetapi kerajaan negeri sanggup membazir dan menyusahkan orang ramai terutama golongan yang telah memohon bertahun-tahun untuk membeli rumah kos sederhana.

Pada masa sama, beliau juga membidas kerajaan negeri kerana tidak membuat kerja dengan baik apabila tidak tahu jumlah unit yang masih kosong.

"Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Desa, Perumahan dan Kesenian negeri, Wong Hon Wai menyatakan terdapat 95 unit rumah kosong di sini dan ADUN Pengkalan Kota, Lau Keng Ee pula memberitahu terdapat 81 unit masih kosong," katanya.

Poh Chye berkata, beliau dan pegawainya telah mengambil inisiatif sendiri dengan meninjau setiap tingkat rumah pangsapuri itu untuk mengenal pasti jumlah rumah kosong yang sebenar dan mendapati terdapat sebanyak 348 unit yang masih kosong.
Share this post :

+ comments + 1 comments

April 15, 2013 at 10:27 AM

Mr Loke Poh Chye, how angry are you? Residents of Macallum is even more angry. What can you do about that shipyard? Votes will go to BN if you can move it away!

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger