Headlines News :
Home » , » Walkabout pemimpin BN P.Pinang di Ropewalk Lorong Kulit

Walkabout pemimpin BN P.Pinang di Ropewalk Lorong Kulit


oleh : Empayar Pemuda 

Semalam bertempat di Lorong Kulit (Belakang Stadium Bandaraya) BN Negeri Pulau Pinang bersama-sama BN Jelutong telah menggempur kawasan tersebut untuk bersama-sama rakyat dalam program Walkabout Bersama BN. 

Pelbagai masalah telah dinyatakan oleh pengunjung dan perniaga dikawasan tersebut dan meminta BN Negeri untuk tolong menyelesaikan masalah mereka setelah kerajaan negeri tidak menghiraukan masalah-masalah dikawasan tersebut.

Apa yang pasti sokongan rakyat terhadap BN di negeri Pulau Pinang telah meningkat berbanding tahun 2008. Ini disebabkan segala usaha yang dibuat oleh BN terbukti untuk kepentingan rakyat dan bukannya bersifat populis seperti yang dibuat oleh kerajaan negeri dibawah pentadbiran DAP.

Selain daripada itu pengunjung dan peniaga disitu diberikan bag shopping supaya pengurangan beg plastik dapat dikurangkan dalam usaha untuk menjaga alam sekitar untuk generasi masa depan. 

Program seperti ini akan diadakan setiap minggu di lokasi yang berlainan supaya rakyat lebih dekat dengan BN dan penerangan mengenai isu-isu semasa yang membabitkan kepentingan rakyat dapat dibuat dengan efektif dan sistematik.













Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger