Headlines News :
Home » » Aktivis PSM cuba hidupkan fahaman komunis

Aktivis PSM cuba hidupkan fahaman komunis



KEPALA BATAS 26 Jun — Siasatan polis mendapati sekumpulan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di plaza Tol Sungai Dua di sini petang semalam cuba menghidupkan semula fahaman komunis, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar.

Beliau berkata, ini berdasarkan pelbagai barangan yang dirampas polis daripada aktivis berkenaan dilihat mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM).

"Antaranya risalah dan baju T yang tertulis nama Chin Peng, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah, kesemua mereka ini mempunyai kaitan dengan PKM,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mereka dilihat cuba menghidupkan balik fahaman komunis dengan menyebarkan risalah-risalah berkaitan berkenaan kepada rakyat di beberapa kawasan di sini, katanya.

"Polis terpaksa menahan kesemua mereka kerana membawa unsur menghasut rakyat untuk membenci kerajaan dan ini adalah sesuatu yang serius serta boleh mengancam keselamatan negara,” katanya mengenai penahanan 31 aktivis PSM yang diketuai Anggota Parlimen Sungai Siput Dr. Michael Jeyakumar Devaraj semalam. - Bernama
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 27, 2011 at 4:47 PM

Baru sikit kerja polis, nanti banyak lagi perkara boleh mereka createkan untuk lihat negara huru hara. Huru hara sebab polis yg terima arahan. Kalau takat himpunan , semua ok punya. Biaq pi dema nak tuduk komunis ka, lanun ka, barua ka, yahudi ka, punya pasal la. Memang kerja depa mcm tu dari dulu kini dan selamanya fitnah dan niat jahat.

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger