Headlines News :
Home » , , » Datuk Zainal turun padang dengar masalah rakyat di Rumah Hijau Mak Mandin

Datuk Zainal turun padang dengar masalah rakyat di Rumah Hijau Mak Mandin





Janji hanya tinggal janji ... itulah nasib yang menimpa 55 buah keluarga di Rumah Hijau Mak Mandin . dulu semasa berkempen ketika PRU 12 , Lim Hock Sek telah berjanji kepada persatuan penduduk rumah hijau bahawa jika DAP memang , mereka tak perlu pindah . Tetapi kini selepas 3 tahun perintah, kerajaan DAP hilang entah ke mana dan tidak mempedulikan langsung nasib mereka .

GPB sempat mengikuti lawatan mesra rakyat oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P.Pinang Datuk Zainal Abidin Osman ke kawasan rumah Hijau Mak Mandin .

Keadaan di kawasan di situ memang cukup menyedihkan di mana sistem perparitan tidak diuruskan dengan baik oleh pihak PBT . Air longkang yang tersumbat boleh mengundang nyamuk Aides bertakung dan ia cukup membahaya kepada 55 buah keluarga terdiri dari bangsa Melayu , Cina dan India . Beberapa buah rumah didapati bocor , pecah dan perlu diperbaiki dengan kadar segera. Nampak jelas kerajaan negeri menerusi MPSP tidak langsung mempedulikan nasib penduduk di situ sedangkan mereka juga adalah rakyat negeri ini yang harus dibela .

Isu yang disuarakan penduduk ialah mahu sebuah rumah kos rendah dibina di sini yang mana sudah didiami lebih 45 tahun .

Ketua Bahagian UMNO Bagan , Datuk Latif Mirasa berkata kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah mencapai persetujuan dengan pemaju, Silver Chanel Sdn. Bhd. untuk menyediakan sebidang tanah bagi pembangunan blok rumah kos rendah untuk penduduk terbabit.

Bagaimanapun kerajaan negeri sekarang yang diterajui DAP tidak meneruskan projek berkenaan dengan alasan dokumen berhubung persetujuan peruntukan tanah bagi pembinaan rumah kos rendah itu hilang dan meminta penduduk berpindah ke kawasan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Ampang Jajar

Keluarga terbabit bagaimanapun membantah cadangan tersebut kerana menganggap kawasan berkenaan terletak jauh dari kemudahan asas termasuk sekolah, rumah ibadat dan tempat mereka bekerja.

Ini yang menyebabkan penduduk sangat kecewa apabila kerajaan negeri memberi alasan yang tidak munasabah untuk tidak meneruskan projek pembinaan rumah kos rendah yang dijanjikan.

Semasa berucap dalam majlis ringkas bersama penduduk , Datuk Zainal telah memberi idea dan cadangan yang baik untuk membantu penduduk . Beliau berkata jika kerajaan negeri tiada dana untuk membantu penduduk di sini , kerajaan Pusat menerusi agensi kerajaan seperti JKP dan PERDA sedia membina rumah kos rendah untuk penduduk rumah hijau .

Tetapi dengan syarat kerajaan negeri wajib menyediakan tanah untuk dibina rumah kos rendah . Ini cabaran oleh Datuk Zainal kepada kerajaan DAP jika mereka masih tidak mampu selesaikan masalah penduduk rumah Hijau .

Selain itu , untuk menyelesaikan masalah sistem perparitan yang teruk tersumbat , UMNO Negeri akan menghantar surat rasmi kepada MPSP bagi mendesak agar pihak berkuasa tempatan bersihkan semula longkang yang tersumbat di kawasan ini .

Malah , pihak Kementerian Kesihatan juga akan diminta hadir meninjau dan memerika tahap kebersihan di kawasan ini kerana dikhuatiri pembiakan nyamuk AEDES ada di situ . Berkaitan dengan masalah bumbung bocor dan rumah perlu diperbaiki , peruntukan segera melalui ICU akan disalurkan segera kepada beberapa buah rumah .

BN DAHULUKAN RAKYAT



















































sumber : GPB
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger