PULAU PINANG 1 Nov. - Disebabkan tiada sumber lain untuk mencari rezeki, seramai 18 peniaga kecil di tingkat tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini nekad meneruskan perniagaan meskipun berdepan risiko dihalau oleh pihak pengurusan bangunan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).
Para peniaga terbabit sepatutnya mengosongkan gerai masing-masing semalam bagi membolehkan kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan namun, arahan PDC itu tidak mereka endahkan.
Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar (KMA), Mohamed Ghani Abd. Jiman berkata, tindakan itu terpaksa dibuat kerana PDC tidak memberi peluang kepada mereka menyuarakan pandangan dan masalah sebelum keputusan diambil.
"Kami minta PDC kaji balik cadangan untuk ubah suai tempat ini, berbincang dulu dengan kami. Kami peniaga kecil, jangan tindas kami," katanya di sini hari ini.
PDC iaitu sebuah agensi kerajaan DAP Pulau Pinang baru-baru ini mengarahkan 18 peniaga tetap di tingkat tiga Komtar mengosongkan gerai masing-masing selewat-lewatnya semalam bagi membolehkan kerja-kerja pengubahsuaian bernilai RM15 juta dijalankan di ruang itu.
Mereka juga diberi amaran tindakan penguatkuasaan termasuk dihalau jika tetap meneruskan aktiviti perniagaan hari ini.
Menurut Mohamed Ghani, mereka tidak membantah cadangan PDC tetapi ia perlu ditangguhkan kerana dalam tempoh beberapa minggu nanti terdapat beberapa musim perayaan seperti Deepavali, Aidiladha, cuti sekolah, Krismas dan sambutan Tahun Baru.
Justeru, jelas beliau, sepanjang tempoh tersebut merupakan peluang kepada para peniaga mencari pendapatan tambahan dengan kehadiran ramai pengunjung membeli-belah di situ.
Sebagai membantah tindakan PDC itu, ujarnya, mereka akan berhimpun di depan Dewan Undangan Negeri (DUN) esok dan menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Bracelet Gold 916 – Beauty and Durability Combined
-
Gold jewelry has always held a special place in the hearts of many, and
bracelet gold 916 is no exception. Combining timeless elegance with
exceptional d...
12 hours ago
Post a Comment