Datuk Arif Shah Omar Shah (BN-Seberang Jaya) menempelak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu, Phee Boon Poh kerana menimbulkan isu berkenaan sedangkan perasaan was-was itu wujud selepas kenyataan yang dibuat Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilaporkan akhbar.
''Bukankah Ketua Menteri sendiri mengaku bahawa duit itu diterima daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang dan disebabkan itulah penerima wang was-was dan bertindak memulangkan semula duit tersebut," tegasnya pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-12 di sini hari ini.
Boon Poh yang tidak berpuas hati bangkit dan mempertahankan kenyataan sama.
Arif Shah yang nyata berang dengan perkara tersebut sekali lagi bangkit dan cuba mencelah namun Boon Poh yang sedang memberi penjelasan berhubung isu tersebut enggan memberi laluan lalu menyebabkan Arif Shah berkata: ''You boleh terus jawab sebab you memang jahil."
Pertikaman lidah antara kedua-dua wakil rakyat itu menyebabkan Ketua Pembangkang DUN, Datuk Azhar Ibrahim bangkit dan menegaskan sesiapa yang telah menimbulkan perasaan was-was berhubung perkara tersebut perlu bertaubat.
Terdahulu, Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat) mencadangkan supaya wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang mengambil tindakan 'mengajak' golongan warga emas memulangkan semula wang pemberian kerajaan negeri, supaya bertaubat.
Azhar Ibrahim keluar dari dewan persidangan di Bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang , Georgetown, semalam. |
2. PULAU PINANG 1 Nov. – Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Azhar Ibrahim digantung enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan berkuat kuasa 17 Ogos lalu.
Bagaimanapun, segala saraan dan elaun beliau dikekalkan.
Keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga DUN Ke-12 di sini hari ini selepas usul tersebut dibentangkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan disokong Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mansor Othman.
Usul menggantung Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Pulau Pinang dan diluluskan selepas menerima suara majoriti.
Sejurus usul tersebut diumumkan Speaker DUN, Datuk Abdul Halim Hussain, Azhar bangun dan meninggalkan Dewan diikuti 11 ADUN Barisan Nasional (BN) yang lain.
Azhar ketika membahaskan usul tersebut menegaskan, beliau tidak akan meminta maaf atau menarik balik perkara itu kerana beliau tidak bersalah dan memberi enam sebab enggan berbuat demikian.
“Usul itu cacat kerana ia tidak pernah dibahaskan, perkataan yang dirujuk telah ditarik balik dan diterima oleh Dewan dan ia juga tidak jelas mengenai siapa yang hendak didakwa sebagai melakukan kesalahan.
“Usul tersebut juga tidak terdapat dakwaan yang spesifik dan jelas yang menunjukkan kesalahan dilakukan, usul yang dibawa adalah di luar sesi pagi dan selepas Dewan berehat dan ia satu tindakan after thought,” tegasnya.
Jawatankuasa yang dipengerusikan Abdul Halim mengadakan mesyuarat berhubung perkara tersebut sebanyak tiga kali iaitu pada 7 Jun, 3 serta 17 Ogos dan Azhar hadir memberi keterangan pada mesyuarat terakhir.
Azhar yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri dirujuk ke jawatankuasa itu kerana didakwa melanggar peraturan berikutan mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan ketika hari terakhir sidang DUN 6 Mei lalu.
Beliau dikatakan menggunakan perkataan ‘13 Mei’ ketika berlaku pertikaman lidah dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada sesi penggulungan Usul Terima Kasih Ucapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.
Usul menghadapkan beliau ke jawatankuasa itu sebelum ini telah dicadangkan oleh Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat).
Sementara itu, pada sidang akhbarnya di luar Dewan, Azhar berkata, penggantungan tersebut tidak betul dan yang pasti beliau ‘sakit hati’ dengan keputusan berkenaan sambil menyifatkan corak pentadbiran kerajaan negeri bersifat ‘ala Guan Eng’.
“Saya Ketua Pembangkang yang paling vokal dan selalu mengkritik pemerintahan mereka dan kes seumpama ini juga yang pertama kali berlaku dalam sejarah Pulau Pinang,” ujarnya.
Ditanya mengapa beliau enggan memohon maaf walaupun berkali-kali diminta berbuat demikian, jelasnya:
“Untuk apa saya minta maaf, saya tidak bersalah, saya teraniaya dan ini cara mereka untuk tutup mulut saya,” katanya.
Post a Comment