Headlines News :
Home » » Kerajaan DAP Pulau Pinang, JKKK Negeri Gagal

Kerajaan DAP Pulau Pinang, JKKK Negeri Gagal

Tiada keperluan menubuhkan Badan Peronda Sukarela (BPS) di Pulau Pinang memandangkan sudah banyak agensi kerajaan Pusat yang boleh memantau keselamatan penduduk negeri itu. 
Sebaliknya, Kerajaan DAP Pulau Pinang patut menumpukan kepada mengemas kini pengurusan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi memastikan keselamatan penduduk lebih terjamin.  

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata sejak di bawah pentadbiran kerajaan Pulau Pinang kini, JKKK negeri gagal memainkan peranan mereka berikutan banyak pejabat JKKK tidak dapat menganjurkan aktiviti sepanjang tahun. 

Beliau berkata, mengikut Perlembagaan negara, sebarang masalah berhubung keselamatan rakyat adalah di bawah tanggungjawab kerajaan Persekutuan. 

Bercakap kepada media selepas merasmikan Program Kesejahteraan Rakyat tentang Kesedaran Kesihatan di Nibong Tebal, Sabtu, Zainal Abidin berkata, banyak agensi kerajaan Persekutuan seperti Polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang boleh menjaga keselamatan dan ketenteraman orang awam. 

“Sekiranya penubuhan BPS adalah semata-mata untuk menggantikan Pasukan Peronda Sukarela (PPS), saya rasa ia tidak perlu kerana isu PPS masih dalam proses tindakan mahkamah,” katanya.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger