Headlines News :
Home » » Jentera BN diperkasakan dengan taktik baru di PRK P44 Permatang Pauh.

Jentera BN diperkasakan dengan taktik baru di PRK P44 Permatang Pauh.

Umum mengetahui bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh akan diadakan pada 7 Mei ini. Sehubungan itu, jentera Barisan Nasional (BN) akan menggunakan pendekatan taktikal baharu dalam usaha meraih kemenangan PRK kawasan tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, langkah tersebut lebih baik berbanding kaedah lama yang se­ring digunakan dalam pilihan raya sebelum ini.

"Adalah tidak mustahil BN boleh menang kerana perpecahan yang berlaku dalam pakatan pembangkang terhadap isu hudud dan usaha untuk menjatuhkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang banyak memberikan kelebihan kepada UMNO."

"Pas bertelagah dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ini memberi kelebihan kepada BN untuk menang," katanya.

Mohd Puad dalam kenyataannya itu dalam sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera BN Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Mengkuang di Bandar Perda, Permatang Pauh, semalam.

Kerusi kawasan Parlimen Permatang Pauh diisytihar kosong berikutan penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen pada 16 Mac lalu setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunannya.

Mohd. Pu­ad berkata, selain memperkenal pendekatan tersebut, UMNO Permatang Pauh turut diseru supaya memberikan so­kongan penuh apabila kepemimpinan parti meletakkan calon untuk bertanding di Permatang Pauh.

Jelas beliau, untuk PRK kali ini, adalah tidak mustahil BN merampas kawasan yang merupakan kubu kuat bagi PKR itu dengan berdasarkan pengalaman BN meraih ķemenangan dalam PRK di Teluk Intan yang selama ini disifatkan sebagai kubu kuat DAP.

Tambahnya, mengenai isu cukai barang dan perkhidmatan (GST) pula tidak akan timbul kerana rakyat dilihat semakin bijak memahami matlamat sebenar kerajaan apabila memperkenalkan cukai berkenaan.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger