Headlines News :
Home » , » REALITI DI #PRKPERMATANGPAUH

REALITI DI #PRKPERMATANGPAUH

Ahli parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar ni tak tinggal di sana. Bukan setakat tak tinggal di sana, beliau juga jarang balik ke sana. 
“Jadi saya rasa dalam hati orang-orang miskin Permatang Pauh ni apabila mereka nak minta bantuan, pertolongan dan sebagainya akan ke pejabat Umno.

 “Sebab mereka tahu memang tak akan dapat temui Anwar dalam keadaan kesibukan Anwar ke sana sini dan tak mempedulikan urusan dalam Permatang Pauh”.

 Kata-kata itu diucapkan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said yang meluahkan rasa kesalnya terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sukar ditemui bagi mendapatkan bantuan lantaran Anwar jarang turun padang bertemu rakyat.

 Menurutnya, tahap kemiskinan di Permatang Pauh juga masih tinggi dan kerajaan negeri DAP di bawah pimpinan Lim Guan Eng gagal membantu rakyat miskin sehingga mereka sering meminta bantuan daripada Umno-BN.

 Kerajaan negeri katanya, ada menyediakan bantuan namun tidak mencukupi. Antaranya ialah Program Penghargaan Warga Emas, Program Bantuan Ibu Tunggal dan OKU namun hanya RM100 setahun sekali, begitu juga dengan Program Skim Pelajar Emas di mana setiap pelajar Sekolah Rendah (Darjah 1 & 4) dan Sekolah Menengah (Tingkatan 1 & 4) hanya menerima wang RM100 sekali sahaja.

 “Kemudahan pembiayaan dan sebagainya yang agak kurang membantu orang Permatang Pauh menyebabkan segelintir masyarakat yang hidup dalam keadaan agak susah.

 “Jadi selama ni kita di peringkat Umno Bahagian yang membantu orang miskin, warga emas, ibu tunggal dan sebagainya.

 “Dengan macam-macam program yang kita buat secara berkala atau pada musim-musim tertentu, kita ambil alih jawatan sebagai ahli parlimen Permatang Pauh ini untuk membantu dalam soal kemiskinan ini,” katanya.

 Aktiviti pembangunan katanya, terhenti selepas Anwar disingkirkan daripada Umno-Barisan Nasional (BN).

 “Pembangunan oleh kerajaan Persekutuan ataupun negeri dalam tempoh 17 tahun ini di bawah ahli parlimen Pakatan Rakyat memang telah terberhenti.

 “Maksud saya sepanjang 17 tahun tiada satu pun pembangunan baru yang berlaku di Permatang Pauh, yang ada ni semua sedia ada sebelum atau pada ketika ahli parlimen waktu itu adalah Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri daripada Umno yang membangunkan Permatang Pauh.

 “Selepas itu tiada pembangunan baru kecuali daripada pihak swasta, taman-taman perumahan baru dan sebagainya,” katanya - BNBCC

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger