Headlines News :
Home » , » PKR KALAH DI PRK PERMATANG PAUH?

PKR KALAH DI PRK PERMATANG PAUH?

DARI tahun 1999 hingga 2013, kawasan Parlimen Permatang Pauh telah menyaksikan tujuh pilihan raya di situ. Empat kali pilihan raya umum (PRU) dan tiga kali pilihan raya kecil (PRK). 

Daripada tujuh, cuma PRK DUN Penanti tidak disaingi calon BN. Menariknya, dalam enam pilihan raya itu, peratusan keluar mengundi tidak pernah kurang dari 80 peratus. Yang tertinggi pada PRU 2013 sekitar 88 peratus dan terendah pula pada PRU 2004 sebanyak 80 peratus. 

Corak pengundian di Permatang Pauh tampak jelas. Semakin tinggi peratusan keluar mengundi, kian banyaklah peluang untuk BN meraih undi. Satu fakta yang menarik lagi ialah pada PRU-13 di Permatang Pauh, sebanyak 51.7 peratus pengundi Melayu menyokong BN. 

Ketika itu BN tidak bernasib kerana hanya 8 peratus daripada 16,886 pengundi bukan Melayu mengundi parti pemerintah itu. Faktor waktu itu disebabkan sentimen pengundi Cina mahu menukar kerajaan yang ada. 

Sentimen itu amat ketara apabila daripada 14,796 undi Cina, BN sekadar memperoleh 1,480 undi. Ini berbeza dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meraih 13,316 undi orang Cina. 

Pengundi India pula yang berjumlah 4,449 pengundi daripada 88 peratus yang keluar, memberikan 1,202 undi kepada BN manakala 2,803 undi untuk PKR. Di Pulau Pinang, kesan pentadbiran DAP selama tujuh tahun ini ‘menempias’ bukan sahaja kepada pengundi Melayu, bahkan penduduk Cina dan India juga. Kos sara hidup di negeri itu semakin tinggi. 

Itu belum lagi dengan kenaikan cukai pintu, tarif air dan cukai-cukai perniagaan. Di bawah tadbir urus kepimpinan negeri, cukai pintu termasuk komersial naik antara 12 hingga 15 peratus. Dalam tempoh tujuh tahun, bayaran pengurusan pertukaran hak milik tanah naik sebanyak 200 peratus. Ini belum lagi soal pembinaan rumah kos rendah, tidak ada. 

Caj meletak kenderaan (caj parkir) juga bukan setakat naik, bahkan cajnya dikenakan sehingga hari rehat hujung minggu dan cuti umum. Pada 2008, tanah kepunyaan kerajaan negeri adalah kira-kira 18 peratus. Kini tinggal 6 peratus sahaja. Dikatakan banyak telah dijual kepada pemaju swasta sedangkan sepatutnya tanah itu dibina dengan rumah-rumah rakyat kos rendah. 

Perbelanjaan pengurusan kerajaan negeri pula pada 2007 hanya dalam sekitar RM270 juta tetapi untuk bajet perbelanjaan mengurus 2015 ini mencapai RM887.24 juta. Naik sehingga 213 peratus. Bagi tanah wakaf pula, sekarang diletakkan di bawah pengawasan Ketua Menteri. Sebarang cadangan membangunkannya mesti mendapat kelulusan beliau. 

Sedangkan pengurusan tanah-tanah wakaf itu sepatutnya diserahkan kepada maj­lis agama negeri seperti mana pada era pentadbiran BN. Permatang Pauh hampir dengan kawasan industri. Daripada 72,000 pengundi berdaftar yang direkodkan SPR setakat Disember 2014 di Permatang Pauh, 50,541 orang adalah pengundi Melayu, Cina (17,849) dan India (4,123). 

Lebih 20 peratus pula adalah pengundi muda dalam lingkungan 40-an ke bawah. Pada Pilihan Raya Umum 2013 memang diakui terdapat peningkatan sokongan pengundi Melayu di Permatang Pauh. 

Daripada 28 pusat daerah mengundi (PDM), kira-kira 52 peratus pengundi Melayu menyokong BN. Bagaimanapun, di beberapa PDM yang didominasi 70 peratus pengundi Cina, mereka tidak memberi ruang langsung kepada calon UMNO itu. Di PDM Berapit Road, BN sekadar menerima 186 undi berban­ding 1,138 undi diraih Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

PDM Cross Street menyaksikan perbezaan besar undi iaitu PKR mendapat 1,592 undi manakala BN, 219. Di PDM Sama Gagah begitu juga iaitu BN (590 undi) sementara PKR, 2,075 undi. Jadi, sasaran sokongan pengundi Melayu harus mencecah 65 peratus untuk menjamin kemenangan BN. 

Dan daripada 17,500 ahli UMNO Permatang Pauh, sebanyak 12,421 berada dalam daftar pemilih SPR. Gerakan pula memiliki 900 ahli manakala 500 orang dari MCA. Begitupun, jumlah ahli serta pengundi ketiga-tiga parti ini masih tidak mampu mengatasi bilangan pengundi atas pagar. 

Ini merupakan elemen paling utama dalam memastikan kerusi Permatang Pauh kembali ke pangkuan BN pada 7 Mei depan. Pe­ngundi kategori ini lebih cenderung mengaitkan persepsi politik nasio­nal. Kalau kerajaan boleh menangani isu-isu semasa lebih baik, maka peluang untuk BN menang agak cerah. 


See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pengundi-atas-pagar-jadi-penentu-1.79494#sthash.sO4Fr23d.dpuf

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger