Headlines News :
Home » » UMNO PP CABAR DAP PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN PAS DI SELANGOR @dzainalabidin

UMNO PP CABAR DAP PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN PAS DI SELANGOR @dzainalabidin





BATU KAWAN, 30 Mac – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman mencabar Dap untuk memutuskan hubungan dengan Pas di semua negeri khususnya di Selangor dan bukan hanya di Sabah dan Sarawak.
Jelasnya, tindakan Dap memutuskan hubungan dengan Pas hanya di Sabah dan Sarawak jelas menunjukkan parti itu hanya bermain sandiwara dan ingin menunjukkan kononnya mereka tidak perlukan parti Pas.
“Saya cabar Dap untuk putuskan hubungan dengan Pas Selangor… jika benar mereka tidak perlukan Pas maka putuskan hubungan dengan Pas disemua negeri dan bukannya main pilih-pilih.
“Saya yakin Dap tidak berani kerana kenyataan sebenarnya mereka masih perlukan sokongan ahli Pas,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Selain itu, Zainal turut menasihatkan Dap Pulau Pinang agar jangan bersikap takbur dan bongkak berikutan kenyataan Tony Phua yang tidak kisah sekiranya Pas Pulau Pinang keluar dari pakatan pembangkang kerana Pas hanya mempunyai satu kerusi di negeri tersebut.
Perasmian Serentak Persidangan Agung Cawangan-Cawangan UMNO Baha
Walaupun Pas hanya mempunyai satu kerusi di negeri itu tetapi kejayaan Dap Pulau Pinang juga adalah atas faktor sokongan dan undian daripada ahli Pas.
“Mereka jangan lupa bahawa tanpa sokongan dan undian ahli Pas ketika pilihan raya umum yang lalu, tidak mungkin mereka berjaya seperti sekarang ini. Jadi jangan bongkak sangat dan jangan jadi seperti kacang lupakan kulit.
“Kalau benar mereka tidak mahu dan tidak perlukan Pas maka buktikan.. Jangan hanya mengeluarkan kenyataan putuskan hubungan dengan Presiden Pas tapi bukan dengan parti tersebut… Kemudian putuskan hubungan Pas hanya di negeri-negeri terpilih.
“Ini memang politik lawak antarabangsa…. Dap hanya buat sesuka hati dan tidak berdasarkan pemikiran rasional. Bayangkan jika mereka berjaya memerintah Negara ini, apa akan jadi dengan nasib rakyat,” katanya lagi. - MediaUMNO
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger