Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu menjawab sebarang desakan yang dilontarkan Tun Dr. Mahathir Mohamad termasuk dalam isu syarikat pelaburan nasional 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana perkara itu telah diperjelaskan.
Tengku Adnan Tengku Mansor
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kritikan yang dibuat oleh Dr. Mahathir terhadap kepemimpinan Najib dan UMNO disifatkan satu pandangan peribadi tokoh veteran UMNO itu.
“Saya tidak lihat sebarang masalah wujud antara Dr. Mahathir dengan Najib. Hanya individu tertentu yang sengaja mencetuskannya. Segala persoalan dan kritikan yang dilontarkan itu telah dijawab.
“Saya tidak perlu komen mengenai sebarang peletakan jawatan kerana bagi saya Dr. Mahathir ialah seorang pemimpin yang perlu dihormati,” katanya selepas merasmikan Karnival Peluang Kedua di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Sebelum ini, Dr. Mahathir menerusi laman blognya, chedet.cc melontarkan kritikan keras terhadap Najib meramalkan kejatuhan kerajaan Pusat yang ditunjangi UMNO.
Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata, kekalahan UMNO seperti yang diperkatakan Dr. Mahathir hanyalah satu ramalan.
“Pilihan raya sebelum ini juga UMNO diramal kalah tetapi kita mampu menang kerana sokongan rakyat. Tambahan pula, semua ahli UMNO tetap menyokong kepemimpinan yang ada,” katanya.
Post a Comment