Headlines News :
Home » » KETIADAAN KHAIRUDDIN TAK RUGI KEPADA UMNO BATU KAWAN - HILME

KETIADAAN KHAIRUDDIN TAK RUGI KEPADA UMNO BATU KAWAN - HILME




BUKIT MERTAJAM 1 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu Kawan menyokong pelucutan jawatan Datuk Khairuddin Abu Hassan sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian berkenaan.

Ketuanya, Mohamed Hilme Ibrahim berkata, ahli-ahli UMNO Bahagian itu juga yakin keputusan di peringkat Pusat tidak akan menjejaskan parti di kawasan itu.

 “Beliau dipilih oleh ahli UMNO pada pemilihan tahun 2013 dan ketika ini jawatan itu sudah kosong. Saya difahamkan kekosongan berkenaan akan kekal sehingga 2016,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan jawatan Khairuddin dilucutkan selepas disahkan muflis oleh mahkamah pada tahun lalu.

Mengulas lanjut, Mohamed Hilme berkata, ketiadaan Khairuddin bukan satu kerugian kerana walaupun memegang jawatan Naib Ketua UMNO bahagian sebelum ini, tiada sumbangan yang diberikan kepada di kawasan tersebut.

 “Dia tinggal di Kuala Lumpur dan mendakwa kenal ramai orang tetapi langsung tidak bantu Pemuda Bahagian, jadi kami tidak berasa ralat selepas ketiadaannya,” katanya. 

Mohamed Hilme secara sinis turut meminta individu-individu tertentu yang rapat dengan Khairuddin supaya tampil membantunya yang berhadapan dengan masalah kewangan ketika ini.
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
March 3, 2015 at 12:59 AM

mamat giler glamor paling hot kat Penang la ni ...
sebabkan tak dapat apa masa perhimpunan UMNO yang lepas .. habis semua orang nak dicucuknya
tak berani nak usik LGE padahal punya la banyak isu sebab .... cuba tanya dia muflis sebab apa .... hehehehehehe
.....

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger