Home »
UMNO Penang
» HILMIE BIDAS SIKAP & MORAL KHAIRUDDIN SELEPAS DILUCUTKAN JAWATAN
Tegas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Kawan, Mohd Hilmie Ibrahim, Khairuddin harus bertanya diri sendiri apakah sumbangan baktinya kepada ahli dan masyarakat di kawasan itu.
"Isu meminta mencerminkan diri yang dikata Khairuddin, sudah terang lagi bersuluh, sebenarnya siapa yang wajar mencermin diri?
"Jika Khairuddin membandingkan soal kehadiran msyuarat. Saya hendak tanya balik sebagai orang nombor tiga dalam bahagian, apa program atau aktiviti yang dia buat kepada parti, ahli dan masyarakat di sini?
"Kemudian cuba semak Facebook Pemuda pula, berapa program atau aktiviti yang Pemuda UMNO bahagian lakukan, sama ada di peringkat bahagian mahupun negeri, kita turut terlibat secara langsung dalam aktiviti dan sumbangan sejajar dengan aspirasi kepimpinan pemuda pusat," katanya kepada Astro AWANI.
Mohd Hilmie mengulas kenyataan Khairuddin yang memintanya mencermin diri sendiri sebelum mengata individu lain terutama mengenai isu sikap dan moral masing-masing.
Khairuddin turut menasihatinya untuk lebih kerap menghadiri mesyuarat UMNO bahagian sebelum meminta sebarang agensi menyiasatnya terhadap sebarang tuduhan salah laku.
Tegas Mohd Hilmie lagi, Khairuddin kini harus sedia mula menerima dengan hati terbuka keputusan dilucutkan jawatan yang diambil UMNO terhadapnya.
"Keputusan itu berlandaskan pelembagaan yang diambil ibu pejabat UMNO sekali gus memperlihatkan moral dan siapa dia yang sebenar.
"Agarnya jika status muflisnya tidak dibangkitkan, maka tiada siapa yang tahu, dan atas sikap dan moralnya perkara tersebut terus disembunyikan demi jawatan yang disandang. Apakah sikap dan moral itu betul?
"Menghentam Presiden UMNO dan Badan Perhubungan Negeri serta Pengerusi Perhubungan Negeri melalui media pembangkang, adakah ini sikap dan moral seorang Naib Ketua Bahagian?" tegasnya.
Dalam pada itu, Mohd Hilmie turut menyangkal dakwaan Khairuddin mengenai isunya merosakkan nama UMNO dalam kes menceroboh Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Sungguh menghairankan kerana hanya saya sorang saja yang dituduh. Mengapa ramai lagi yang turut terlibat tidak disebut?
"Apa saya sahaja yang menjadi perosak dan bagaimana pula dengan sokongan daripada pemimpin UMNO negeri dan kepimpinan bahagian lain yang tidak pernah jemu menyokong tindakan kami?" ujarnya.
Sementara itu jelasnya, jemputan debat Khairuddin diibarat hanya seperti meludah ke langit.
"Sekarang Khairuddin perlu mencerminkan diri. Tindakan itu ibarat seperti meludah ke langit.
"Saya ini hanya budak hingusan, tidak wajar rasanya dia yang berstatus hebat dan berkedudukan untuk berdebat dengan saya.
"Lagipun isunya telah diketahui umum, UMNO juga sudah buat keputusan, pihak bertanggungjawab juga telah memberi penjelasan, jadi semuanya telah jelas dan nyata," katanya.
Post a Comment