KUALA LUMPUR: Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad yang baru dipecat daripada berkhidmat dengan Yang di-Pertuan Agong, ditawarkan kerja oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Rashid Hasnon.
Mohd Rashid berkata, beliau sedang mencari pekerjaan untuk Zaidi, selepas mahkamah tentera mendapati bekas pegawai tentera itu bersalah, kerana melanggar protokol mengenai isu dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Katanya, buat masa ini beliau memberi tumpuan mencari kerja yang sesuai sama ada di Tikam Batu di Kedah atau Bertam.
“Saya perlu memberi sokongan moral kepada Zaidi dan keluarganya, kerana dia merupakan sahabat baik saya.
“Dia adalah kawan rapat saya dan kini adalah masa bagi saya untuk membantu rakan yang memerlukan. Kami sedang mempertimbangkan untuk menawarkan Zaini bekerja dalam organisasi bukan kerajaan (NGO),” jelas Mohd Rashid, lapor The Rakyat Post.
Katanya, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor perlu campur tangan untuk memberi peluang pekerjaan kepada Mejar Zaidi yang kini menganggur.
“Zaidi berpeluang menyumbang secara aktif kepada masyarakat,” katanya sambil menambah, buat masa ini, tiada kekosongan jawatan di pejabatnya.
Mahkamah memecat Zaidi selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan membabitkan isu dakwat kekal pada PRU13 dan menyiarkan maklumat surat pertukaran kerjanya, dua tahun lalu.
Keputusan sebulat suara itu dibuat lima panel hakim yang diketuai Yang Dipertua, Kolonel Saadoon Hassan, selepas mendengar keterangan kedua-dua pihak dan membuat penilaian maksimum terhadap pertuduhan dihadapinya.
Korum itu turut dianggotai Leftenan Kolonel Zainurin Mohd Dom, Mejar Khuzairi Mohd Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib dan Mejar S. Nadzeer Salehuddin.
Ketika membuat keputusan itu, Saadoon berkata, tindakan Zaidi mendiamkan diri, ketika dipanggil membela diri, sudah cukup untuk menyabitkannya bersalah.
Pada 27 Oktober lalu, Mejar Zaidi, 48, diarah membela diri untuk dua pertuduhan itu, selepas mahkamah mendapati, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap dua pertuduhan itu.
+ comments + 1 comments
PR pun pakai konsep kroni terang2. Asal kawan je adik beradik je semua nak angkut masuk. Kalau Krjn buat semua kroni, itu salah ini salah.
Banyk lagi org lain yg terpaksa berhenti kerja, ibu2 tunggal, yg sakit.. kenapa ko tak tolong PKR oii?
Syabas pd macai PR.. suka sgt fitnah. terimalah balasan. bodoh nk tnjuk pandai. Jd pegawia tentera jagalah tugas ko tu.. bkn menyibuk fitnah SPR..
ko bagi lah anak bini ko makan dakwat byk2..
MejarBorok
Post a Comment