Headlines News :
Home » » KHAIRUDDIN MUFLIS , UMNO PP TUNGGU KEPUTUSAN IBU PEJABAT @dzainalabidin

KHAIRUDDIN MUFLIS , UMNO PP TUNGGU KEPUTUSAN IBU PEJABAT @dzainalabidin




BUKIT MERTAJAM - Umno Pulau Pinang masih menunggu keputusan Jawatankuasa Pengurusan Umno berhubung kes muflis dan displin Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan.
   
Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, maklumat berhubung kesahihan jawatan Khairuddin berikutan beliau didakwa diisytihar muflis pada 24 Mei tahun lepas telah disampaikan kepada Ibu Pejabat Umno.
   
Beliau berkata, jawatan Khairuddin sebagai Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan kekal sehingga Jawatankuasa Pengurusan dan Ibu Pejabat Umno membuat keputusan.
   
"Umno Pulau Pinang akan akur dengan apa sahaja keputusan yang dibuat Ibu Pejabat Umno dalam kes sama ada bersangkutan dengan kes muflis atau kes displin jikalau beliau membuat perkara yang melanggar displin parti," katanya.




   
Zainal Abidin berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015 peringkat negeri Pulau Pinang, di sini hari ini.

Mengenai kelulusan perancangan projek rumah mampu milik oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang dan JKP Sdn Bhd yang ditangguhkan kerajaan negeri, Zainal Abidin berharap isu itu dapat diselesaikan secepat mungkin selepas perjumpaan dengan exco Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo.
   
Menurutnya kira-kira lapan pelan perancangan telah dipinda manakala bagi pelan asal yang tidak dapat dipinda, pihaknya telah mengemukakan rayuan supaya ia dikekalkan.
   
"Ada kes tertentu melibatkan pelan asal yang telah mempunyai pembeli tetapi pelan itu tidak boleh dipinda kerana ia akan mengelirukan pembeli," jelas beliau. - Bernama





Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger