Headlines News :
Home » » KERANA 3 KEDAI RUNCIT CINA BUAT ADUAN , GUAN ENG GESA GST DITANGGUHKAN

KERANA 3 KEDAI RUNCIT CINA BUAT ADUAN , GUAN ENG GESA GST DITANGGUHKAN




– Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjadikan tiga kedai runcit yang beroperasi puluhan tahun di Balik Pulau di sini sebagai contoh dalam menggesa Kerajaan Pusat menangguhkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

 Menurut beliau, ketiga-tiga kedai itu akan gulung tikar atau
menghentikan perniagaan masing-masing kerana gagal memenuhi syarat-syarat pelaksanaan GST.

“Kesan pelaksanaan GST juga telah berlaku terhadap beberapa sektor khususnya industri perdagangan kecil seperti kedai runcit dan kedai ubat tradisional,” katanya.



 Beliau berkata demikian dalam surat rasmi yang ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertujuan memohon supaya pelaksanaan GST yang akan dikuatkuasakan April ini ditangguhkan.

Menurut Guan Eng, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada mesyuarat penggal kedua 14 November tahun lalu sudah membuat ketetapan supaya GST ditangguhkan sehingga negara mencapai status maju dan berpendapatan tinggi.


Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan boleh mempertimbangkan permintaan itu bukan sahaja untuk rakyat negeri ini tetapi bagi meringankan beban kewangan mangsa bencana banjir di Pantai Timur. - UTUSAN-
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
January 15, 2015 at 3:38 PM

Guan eng celaka.duit tu le nk Bantu mangsa banjir.

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger