GEORGE TOWN – Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Senator Norliza Abdul Rahim berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Dap seharusnya berhenti menggunakan slogan CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus).
Jelasnya, Dap tidak perlu lagi bersandiwara mahupun berselindung di sebalik slogan tersebut kerana perbuatan kepimpinan Dap sedikitpun tidak mencerminkan mereka mengamalkan slogan itu.
“Jika hendak disenaraikan terlalu banyak tindak-tanduk Dap yang jelas dan terbukti sedikitpun tidak mengamalkan slogan yang diagung-agungkan ini.
“Terbaru adalah perlantikan isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, Betty Chew Gek Cheng yang diberi jawatan sebagai Ketua Bahagian untuk Perkhidmatan Harta, Perdagangan Pembangunan Hartanah, Pembinaan dan Jawatankuasa Pengurusan Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang.
Jawatan itu hanya ditolak selepas menerima kritikan banyak pihak” katanya kepada UMNO-Online.
Selain itu jelas beliau lagi, kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga sering mengamalkan sikap pilih kasih terhadap rakyat seperti contoh mengenakan tindakan hanya kepada segelintir peniaga manakala peniaga ‘anak emas’ yang melakukan kesalahan dibiarkan terlepas.
“Begitu juga di dalam menghulurkan bantuan… Kejadian ribut yang menimpa lebih kurang 300 penduduk pada Disember lepas tidak mendapat pembelaan. Guan Eng hanya tunjuk muka pada penghujung Disember.
“Ini belum lagi jawapan demi jawapan tidak logik daripada Guan Eng terhadap beberapa isu yang dianggap remeh seperti tersalah taip jumlah kos pembinaan terowong dasar laut hingga berbilion ringgit.
“Begitu juga terhadap jawapan ‘tidak tahu’ yang diberikan Guan Eng terhadap pertanyaan tentang pelaburan kerajaan negeri berjumlah lebih RM tiga billion di China,” ujarnya lagi.
Tambah Norliza, slogan CAT yang sering dilaung-laungkan oleh kepimpinan Dap sebenarnya terbukti hanya untuk mengaburi mata rakyat terhadap penyelewengan, ketidakcekapan dan ketidaktelusan yang berlaku dalam kepimpinan Dap di Pulau Pinang.
“Oleh itu, rakyat perlu sedar dan bangkit dari terus dipermainkan oleh Dap. Setiap persoalan yang ditanyakan kepada kerajaan negeri terus menjadi tanda tanya dan akhirnya berkubur begitu sahaja,” katanya. – MediaUMNO
Bracelet Gold 916 – Beauty and Durability Combined
-
Gold jewelry has always held a special place in the hearts of many, and
bracelet gold 916 is no exception. Combining timeless elegance with
exceptional d...
1 day ago
Post a Comment