Home »
Lim Guan Eng
» PAS KECEWA, GESA POLIS AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG KE ATAS ERIC PAULSEN
Pas Pusat hari ini menggesa Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen menarik balik kenyataan berbaur penghinaan terhadap agam Islam yang dikeluarkannya baru-baru ini.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Eric tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan apa jua kenyataan mengenai Islam.
"Khutbah bukan sesuatu yang menggambarkan ekstrimisme dalam Islam. Khutbah adalah ibadah orang Islam yang diamalkan dalam masyarakat Muslim.
"Sebagaimana kami orang Islam tidak mempunyai sebarang hak untuk mengeluarkan kenyataan mengenai agama Kristian. Begitu juga dengan dia yang tidak mempunyai hak untuk mengatakan sesuatu mengenai orang Islam," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Jelasnya lagi, tanpa khutbah, solat Jumaat yang ditunaikan oleh masyarakat Islam tidak sah.
"Saya sangat kesal dan kecewa dengan kenyataan dan tindakan yang dikeluarkan oleh orang berilmu seperti dia," ujarnya.
Beliau dalam pada itu turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang setimpal ke atas Eric jika dia didapati bersalah.
"Terpulang kepada pihak berkuasa untuk melihat hal ini dari sudut perundangan, namun bagi saya tidak seharusnya kenyataan tersebut diperleceh atau diperkecilkan.
"Penting bagi masyarakat kita untuk menghormati hak-hak kehidupan beragama masing-masing supaya keharmonian dapat dikekalkan," tegasnya lagi.
Mahfuz turut mendesak Eric supaya tampil dengan permohonan maaf, sekali gus menamatkan kemelut yang melanda.
Eric dipercayai membuat catatan di akaun Twitternya mengatakan: “Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia”.
Posting Eric turut mendapat respon Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menafikan tuduhan terseb
Post a Comment