Home »
UMNO Penang
» PEMUDA UMNO P.PINANG KECAM KERAS KERAJAAN DAP ANJUR KONSERT AMBANG TAHUN BARU 2015
KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN PEMUDA UMNO PULAU PINANG BERKAITAN PENGANJURAN KONSERT ‘PG2015, THE 10TH PENANG GOLDEN NEW YEAR’S EVE COUNTDOWN CELEBRATION’ DAN ‘TRANCE MOVEMENT’ OLEH KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG.Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menganjurkan konsert ‘Pg2015, The 10th Penang Golden New Year’s Eve Countdown Celebration’ dan ‘Trance Movement’ yang dicadang untuk dilaksanakan pada malam tahun baru 2015.Di saat negara berada dalam kedukaan berkaitan tragedi banjir besar yang melanda hampir seluruh negeri di Semenanjung saat ini, ketika sebahagian besar saudara kita terutamanya di negeri Pantai Timur bertarung dengan bencana alam, di saat saudara kita yang terlibat dengan bencana kehilangan tempat tinggal, kekurangan keperluan asas, tiada makan dan minum yang sewajarnya.Ini ditambah pula dengan peristiwa terbaru kehilangan pesawat Air Asia QZ8501 yang menyebabkan seluruh dunia bersedih dengan kejadian ini. Kerajaan Negeri Pulau Pinang seharusnya sensitif dan menghormati mangsa-mangsa banjir besar ini dengan tidak menganjurkan konsert dan program yang berbentuk hiburan yang pastinya mengundang rasa tidak puas hati rakyat dengan konsert ini, seterusnya mengundang implikasi negatif terhadap moral khususnya pada golongan remaja di negeri ini.Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang merasakan adalah tidak wajar sama sekali konsert sambutan tahun baru ini diadakan. Kerajaan Negeri Pulau Pinang seharusnya menyelami isi hati rakyat terutamanya mereka yang ditimpa bencana saat ini. Sekalipun tidak mahu membantu, janganlah menunjuk sikap tidak prihatin seolah-olah apa yang berlaku tidak memberi kesan pada naluri kemanusiaan kita yang tidak ditimpa bencana. Sekarang adalah waktu bencana, seharusnya program-program seperti ini dibatalkan.Tidak salah kiranya kerajaan negeri membatalkan konsert ini seterusnya menyalurkan dana konsert ini untuk membeli keperluan asas kepada mangsa-mangsa banjir dan untuk belanja pasca banjir yang semestinya memerlukan suntikan dana yang besar bagi memulihkan kembali keadaan seperti sediakala.Jangan hanya pandai bercakap seolah-olah tugas ini hanya perlu digalas oleh kerajaan persekutuan, seharusnya kerajaan negeri juga perlu mengambil inisiatif bersama dalam membantu memulihkan kembali negeri-negeri yang terjejas akibat banjir besar yang melanda negara. Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang kesal dengan sikap kerajaan negeri yang sambil lewa dalam hal ini serta asyik menunding jari kepada pihak lain apabila ditegur.Akhir kalam, kerajaan negeri Pulau Pinang didesak sekeras-kerasnya untuk membatalkan konsert ‘Pg2015, The 10th Penang Golden New Year’s Eve Countdown Celebration’ dan ‘Trance Movement’ ini, jagalah sensitiviti rakyat sekalipun anda tidak punya rasa sensitif terhadap apa yang berlaku. Sedangkan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri lain membatalkan semua perayaan dan program berbentuk hiburan di seluruh negara bagi menzahirkan rasa hormat kepada mangsa bencana, mengapa kerajaan Pulau Pinang tidak boleh melakukan perkara yang sama ?
Post a Comment