Headlines News :
Home » » Sokong PPS, Guan Eng Malukan Kerusi Ketua Menteri - Zainal Abidin

Sokong PPS, Guan Eng Malukan Kerusi Ketua Menteri - Zainal Abidin



PULAU PINANG, 4 Sept – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, Lim Guan Eng jelas mencerminkan sikapnya yang angkuh dan sombong apabila bertegas membela penubuhan tidak berdaftar Pasukan Peronda Sukarela (PPS).
Katanya, lebih kurang ajar apabila Guan Eng berani untuk mencabar Ketua Polis Negara berkaitan isu ini.guan eng pps
“Amat memalukan bila seorang ketua menteri berkelakuan seperti ini. Cakap seperti seorang samseng dan degil. Ini amat memalukan kerusi ketua menteri itu sendiri.”
Tegasnya, lebih memalukan apabila mereka yang ditahan ini dianggap sebagai wira negeri Pulau Pinang.
“Layakkah mereka bergelar wira apabila ada antara mereka yang ditahan positif dadah, ahli kongsi gelap dan penjenayah?
“Inikah taraf untuk menjadi wira Pulau Pinang? Rakyat negeri ini amat kecewa dengan sikap Guan Eng. Apatah lagi mereka ini diberi elaun RM200 sehari sepanjang berada dalam tahanan,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Zainal, apa yang berlaku ini adalah sesuatu yang pelik dan tidak pernah berlaku.
Menurut Zainal lagi, kos keseluruhan yang telah dilaburkan oleh kerajaan negeri untuk PPS hampir mencecah RM1.5 million.
“Adakah penubuhan PPS ini bermotifkan politik atau Guan Eng mahu mewujudkan tenteranya sendiri sehingga sanggup berhabis begitu banyak kepada sukarelawan yang tidak sah.
“Lebih baik Guan Eng hulurkan sumbangan kepada Rela yang sudah pastinya memainkan peranan yang baik di dalam menjaga keselamatan negara tanpa mempunyai agenda politik. Anggota rela pun bukan semuanya menyokong kerajaan tetapi mereka tidak berpolitik di dalam Rela. Semuanya atas satu matlamat iaitu mahu menjaga keamanan negara.
“Ini berbeza dengan PPS yang sentiasa mengibarkan bendera Dap. Maka jelaslah menggambarkan ianya mempunyai agenda politik. UMNO Pulau Pinang bimbang sekiranya PPS terus beroperasi maka ianya akan mula mengambil tugas polis. Maka lebih elok PPS dibubarkan lagipun bidang kuasa menjaga keselamatan negeri terletak di bawah kerajaan Persekutuan dan bukannya bidang kuasa kerajaan negeri,” terangnya lagi.
Dalam hal ini, Zainal turut membidas kenyataan Guan Eng yang menyamakan peranan PPS seperti Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).
Terang Zainal, JKKK adalah satu jawatankuasa kecil dan tidak mempunyai pakaian seragam.
“JKKK bertugas untuk menjaga keselamatan dan kebajikan kawasan kampung atau taman sahaja, bukan satu negeri.
“Tidak ada Exco mahupun ADUN dalam JKKK dan ianya semua sukarela. Tetapi PPS diketuai oleh ADUN. Ahli JKKK juga tidak ramai berbeza dengan PPS yang mempunyai keahlian ribuan orang,” tambahnya lagi. – MediaUMNO
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger