Headlines News :
Home » » 125 PENGUSAHA INDUSTRI ASAS TANI PMTG PAUH MENERIMA BANTUAN - ZAIDI

125 PENGUSAHA INDUSTRI ASAS TANI PMTG PAUH MENERIMA BANTUAN - ZAIDI




PERMATANG PAUH 2 Sept. - Sebanyak 125 orang pengusaha Industri Asas Tani (IAT) di Parlimen Permatang Pauh mendapat bantuan pelbagai peralatan berjumlah RM320,000 dalam tempoh lapan bulan tahun ini.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said berkata, bantuan itu membabitkan pelbagai peralatan seperti mesin dan set dapur yang bertujuan meningkatkan pendapatan pengusaha IAT.

Beliau berkata, pihaknya menerima banyak permohonan dalam kalangan pengusaha IAT tradisional untuk mendapatkan bantuan tersebut.

"Kita masih dalam proses menilai setiap permohonan bagi memastikan mereka yang layak mendapat bantuan untuk memajukan perusahaan yang berdaya maju," katanya di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan mesin membuat maruku kepada Norma Hashim di Permatang Janggus di sini.

Bantuan bernilai RM8,000 itu membabitkan dua buah mesin dan satu set dapur.

Mohd. Zaidi berkata, pihaknya yakin pengusaha IAT boleh memajukan perusahaan yang mereka ceburi dengan harapan bantuan itu dapat meningkatkan pengeluaran mereka.
Sementara itu Norma, 46, berkata, dia memulakan perusahaan membuat maruku sejak beberapa tahun lalu di kawasan rumahnya.

"Saya menggunakan tulang empat kerat untuk menguli tepung dan bertuah apabila menerima bantuan mesin membuat maruku ini," katanya.


Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger