BUTTERWORTH 9 Sept. - Kelewatan kerajaan DAP negeri ini memberi kelulusan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) menyebabkan banyak projek perumahan bagi keperluan rakyat tidak dapat dimajukan.
Pengerusi Perda, Datuk Shabudin Yahaya berkata, terdapat sekurang-kurangnya dua projek perumahan yang akan dibangunkan Perda iaitu di Teluk Kumbar (Balik Pulau) dan Bandar Baharu Pongsu Seribu di Pokok Sena, namun tidak dapat dilaksanakan berikutan masalah tersebut.
Beliau berkata, projek berkenaan membabitkan pembinaan rumah mampu milik yang dibina bagi keperluan rakyat di negeri ini yang memerlukan rumah.
"Kita telah menunggu kelulusan merancang pembangunan kedua-dua projek itu sejak empat tahun lalu tetapi sampai sekarang tidak diluluskan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
"Projek pembangunan rumah yang dirancang oleh Perda bertujuan memberi ruang kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri, malangnya kerajaan negeri telah melengah-lengahkan kelulusannya," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Bantuan Usahawan Bimbingan Perda di pejabat Perda, di sini hari ini.
Pada majlis itu, 40 usahawan menerima bantuan berjumlah RM250,000 daripada Perda.
Shabudin berkata, tindakan ini menunjukkan kerajaan negeri bersikap memilih dengan hanya meluluskan projek pembinaan rumah bernilai tinggi kepada pemaju swasta sedangkan Perda membina rumah bagi kepentingan rakyat dan tidak mengaut keuntungan.
Menurut beliau, kerajaan negeri tidak wajar mengamalkan pendekatan keuntungan semata-mata sedangkan rakyat memerlukan rumah yang sesuai untuk mereka beli.
"Kita dapati rakyat negeri ini terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana mampu membeli rumah berharga antara RM42,000 hingga RM200,000 berbanding dengan rumah yang dibina pemaju swasta sehingga mencecah jutaan ringgit," katanya.
Shabudin yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor mendakwa, kerajaan negeri sendiri tidak membina rumah mampu milik bagi keperluan rakyat negeri ini sebaliknya kebanyakan rumah dibina oleh swasta.
"Kerajaan negeri sepatutnya memberi kerjasama dengan Perda kerana Perda membina rumah mampu milik untuk kesejahteraan rakyat," katanya - UM
Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
-
Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay? Menteri Dalam Negeri,
Saifuddin Nasution pernah berkata, kerajaan yang ada sekarang tidak lagi
fokus ...
2 hours ago
+ comments + 1 comments
Guan Eng Kristian Evangelist CELAKA. Orang yang macam ni pun PAS dok berkawan. Sah lah PAS tak ikut Al-Qur'an. Tapi bila ceramah berbuih mulut sebut Al-Qur'an dan Hadith. Semoga Allah melaknati orang2 PAS yang hipokrit/munafik.
Post a Comment