Headlines News :
Home » » AHLI PAS DIMINTA HATI -HATI PUAK-PUAK ANWARINAS & PASMA

AHLI PAS DIMINTA HATI -HATI PUAK-PUAK ANWARINAS & PASMA




TASEK GELUGOR 15 Sept. - Sekumpulan kira-kira 50 individu yang mendakwa sebagai ahli Pas dari negeri ini berhimpun di hadapan Masjid Daerah Seberang Perai Utara di Teluk Air Tawar di sini, bagi membantah sikap segelintir pemimpin parti itu yang disifatkan sebagai tali barut dengan lebih memihak kepada individu di luar parti berkenaan.

Wakil mereka yang juga Ahli Pas cawangan Gombak, Mohamed Nabi Bux Mohd. Nabi Abd. Shatar berkata, pihaknya tertanya-tanya matlamat di sebalik penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dalam meneruskan perjuangan Pas.

Katanya, Pasma hanya dilihat sebagai wadah berbentuk baharu tetapi menampilkan wajah-wajah lama iaitu kumpulan yang disifatkan sebagai golongan Anwarinas iaitu mereka yang cenderung menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam Pas.

"Apa sudah tidak cukup lajnah-lajnah dalam Pas sehingga perlu ditubuhkan Pasma yang sekarang ini giat bergerak di atas tiket pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ke seluruh negara.

"Gerakan mereka ini seolah-olah sedang menyusun strategi menghadapi pemilihan parti dalam muktamar akan datang bagi menguasai jawatan-jawatan penting dalam Pas termasuk menolak presiden parti," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Tambah Mohamed Nabi Bux yang juga calon Bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor di sini Mei lalu, semua ahli Pas ketika ini perlu lebih berhati-hati dan peka bagi memastikan tidak terperangkap dengan golongan terbabit.

Malah, beliau turut menyifatkan ahli Pasma itu bertopengkan Pas sedangkan hakikat sebenarnya cenderung menyokong pemimpin dari luar parti itu sendiri.

"Biar saya dilihat seperti seorang penderhaka atau penjahat di mata sesetengah ahli Pas tetapi apa yang dilakukan ini adalah demi kelangsungan parti supaya tidak dikuasai puak Anwarinas ini.

"Jadi semua ahli Pas perlu bersatu hati dan bertindak sewajarnya untuk menyingkirkan puak Anwarinas ini dan menghalau mereka kembali ke parti sebenar sama ada DAP atau PKR," tegasnya

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger