Perwakilan Pulau Pinang Izuri Ibrahim berkata beliau bimbang kerana kerajaan negeri pimpinan DAP itu lebih cenderung memihak kepada pemaju perumahan daripada membela nasib rakyat negeri itu.
Beliau mendakwa kerajaan negeri itu gagal menyedia dasar perumahan yang prorakyat dalam menangani masalah perumahan, sebaliknya lebih propemaju seperti yang diamalkan BN.
"PAS Pulau Pinang tidak menentang pembangunan pesat. Tetapi kita tidak bersetuju dengan pembangunan yang merugikan rakyat.
"PAS Pulau Pinang bimbang (situasi) terkini trend pemimpin (kerajaan negeri lebih) mesra pemaju daripada membela rakyat," katanya.
Menurutnya lagi harga sekaki tanah di Pulau Pinang kini mencecah antara RM300 hingga RM500 dan sebuah rumah kini mencecah jutaan ringgit,
"Itu tidak termasuk (pelaksanaan cukai) GST, ini akan membebankan rakyat," katanya.
Sehubungan itu, Izuri mendesak supaya PAS turut dilibatkan dalam proses merangka polisi perumahan di Pulau Pinang bagi mengemukan cadangan untuk pembangunan lestari di negeri itu.
Beliau membahaskan ucapan dasar presiden bertajuk "Terus Beristiqamah" - yang memasuki hari kedua - dalam Muktamar PAS di Batu Pahat hari ini.
+ comments + 1 comments
BN propemaju tapi tidak menyekat kelulusan pembangunan rumah mampu milik. Biar apa pun alasan kerajaaan negeri sepatutnya Guan Eng membantu seboleh mungkin supaya pelan pembangunan rumah mampu milik PERDA diberi kelulusan SEGERA. Keperluan rakyat jangan dipolitik. Jangan2 ada agenda nak jadikan Pulau Pinang Singapore kedua. Guan Eng adalah seorang Kristian Evangelist yang hati sangat memusuhi orang Islam. Dia tunjuk baik kat orang Islam cuma untuk memancing undi.
Post a Comment