Headlines News :
Home » » UMNO BAHAGIAN IKRAR PASTIKAN KEPALA BATAS KUBU KUAT BN @ReezalMerican

UMNO BAHAGIAN IKRAR PASTIKAN KEPALA BATAS KUBU KUAT BN @ReezalMerican




KEPALA BATAS 31 Ogos - UMNO Bahagian Kepala Batas menyatakan komitmen untuk terus berdiri teguh di belakang kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi BN.

Ketuanya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, UMNO bahagian itu juga bertekad akan terus menjadi kubu kuat kepada Barisan Nasional (BN) di negeri ini sekali gus mengekalkan kerusi Parlimen yang disandang ketika ini dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut beliau, sokongan tidak berbelah-bahagi itu bagi memastikan agenda pembangunan negara yang sedang rancak digerakkan Najib ketika ini dapat dijayakan dengan cemerlang.
"Walaupun beliau dikritik hebat, kami percaya beliau mempunyai cara dan pendekatan yang tersendiri bagi menangani setiap masalah yang berlaku," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas di sini semalam.


Persidangan itu dirasmikan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Menurut Reezal Merican, sokongan terhadap kepimpinan Najib itu juga merupakan salah satu usul yang dibentangkan dalam persidangan perwakilan bahagian tersebut bersama-sama empat usul lain.

Selain usul itu katanya, UMNO Bahagian Kepala Batas turut membangkitkan isu rumah mampu milik khususnya dalam kalangan rakyat di negeri ini, peranan media sosial, pendakwaan terpilih dan berkaitan perpaduan yang merupakan asas keharmonian.


Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger