Headlines News :
Home » » UMNO PERMATANG PAUH BERI SUMBANGAN BEG & ALAT TULIS KEPADA 600 MURID

UMNO PERMATANG PAUH BERI SUMBANGAN BEG & ALAT TULIS KEPADA 600 MURID




PERMATANG PAUH  - Seramai 600  murid dari Parlimen  ini menerima sumbangan beg & alat tulis sekolah daripada  UMNO Bahagian Permatang Pauh dengan kerjasama TEKUN   bagi meringankan beban keluarga mereka.Sumbangan tersebut disampaikan ini diadakan di SMK Prmtg Pasir  hari ini.

Ketua  UMNO Bahagian itu, Mohd Zaidi Mohd Said  berkata soal pendidikan merupakan perkara paling penting dalam kehidupan  dan  kerajaan  telah membelanjakan cukup banyak untuk memperbaiki sistem pendidikan kita . 

Ia juga menjadi perjuangan utama kepimpinan baru UMNO Bahagian bagi memastikan tiada  lagi anak-anak pelajar di Permatang Pauh yang  tercicir dalam pendidikan akibat daripada faktor kemiskinan keluarga. 

Beliau juga  berharap sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh waris murid berkenaan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan untuk anak- anak mereka," katanya. 

Turut hadir ialah wakil Pejabat Pendidikan P.Pinang Cikgu Mohd Hassan , Pengerusi MIC Prmtg Pauh , Sdr Suresh ,   Ketua Pemuda Bahagian ,  Abu Bakar Sidek Zainul Abidin , Ketua Wanita Bahagian Pn Rosni Salleh & Ketua Puteri Bahagian Cik Nursyazana Bt Soberi . 


Ketua Bahagian Mohd Zaidi Hj Mohd Said turut memberi sumbangan
wang tunai kepada 3 orang adik beradik yang baru menjadi 
anak yatim bagi membeli baju dan kelengkapan sekolah .








Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger