Headlines News :
Home » » RUMAH TERBUKA KRISMAS 2013 DI P.PINANG DI HADIRI PM

RUMAH TERBUKA KRISMAS 2013 DI P.PINANG DI HADIRI PM




GEORGE TOWN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini   menghadiri sambutan Majlis Rumah Terbuka Krismas 2013 di Padang Kota Lama, di sini.
Ketibaan beliau disambut Setiausaha Perhubungan Umno negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir, Anggota Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dan pemimpin Barisan Nasional negeri.
Beliau  merasmikan majlis rumah terbuka itu yang turut dihadiri Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Antara aktiviti yang memeriahkan majlis itu adalah persembahan kebudayaan dan hiburan oleh artis tanah air, pameran kraf warisan, pameran Tahun Melawat Malaysia 2014, demonstrasi hiasan pokok Krismas, pembuatan kad ucapan dan biskut halia.
Dianggarkan  10,000 pengunjung  menghadiri majlis sambutan Krismas yang pertama kali diadakan di negeri ini. 










Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger