Headlines News :
Home » » PEMUDA BAWA SUARA GENERASI MUDA DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2013

PEMUDA BAWA SUARA GENERASI MUDA DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2013




KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda Umno akan terus membawa isu berkaitan generasi muda dan menjadi suara golongan itu di Perhimpunan Agung Umno 2013 pada Disember ini selain memfokus kepada isu berkaitan perumahan, ekonomi dan kos sara hidup.
    
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata isu asas termasuk agama dan bangsa akan turut dibangkit.
    
"Pada masa yang sama, kita akan sentiasa pastikan pendekatan kita nanti konsisten dengan semangat Barisan Nasional(BN)," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama barisan Exco Pemuda Umno susulan pemilihan sayap parti itu Oktober lepas.
    
Perhimpunan agung Umno dijadual berlangsung 2 hingga 7 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Mengulas usul Pas yang dilapor ingin bermuzakarah dengan Umno, Khairy berkata Pemuda menerimanya secara terbuka namun ia perlu diadakan tanpa sebarang prasyarat yang membebankan kedua-dua pihak.
    
Beliau menarik perhatian bahawa usaha ke arah muzakarah itu telah diusulkan beberapa kali, termasuk oleh Umno sendiri, namun tergendala disebabkan prasyarat yang dikenakan.
    
Katanya, agenda muzakarah itu perlu lebih luas dengan tidak hanya tertumpu kepada umat Islam.
    
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam ucapan penangguhan Muktamar Pas ke-59 di Shah Alam Ahad lepas, menyatakan kesediaan bermuzakarah dengan Umno namun terbatas kepada hal ehwal Islam. - Bernama
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger